Pemimpin Parti Amanah Gesa PH dan PN Kerjasama Lawan BN Dalam PRU15

- Advertisement -

PETALING JAYA – Enam Ketua Pemuda Amanah bahagian menyeru Pakatan Harapan (PH) bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) untuk bertanding dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU15) selepas tewas dalam pilihan raya negeri (PRN) Johor Sabtu lalu.

Mereka dalam kenyataan bersama menyeru pemimpin PH mengetepikan perbezaan peribadi dan mengamalkan pendekatan “pragmatik” menerusi kerjasama dengan parti lain yang berfikiran sama, seperti Pejuang, MUDA, Warisan dan PN.

Katanya, kerjasama sedemikian perlu untuk mengelakkan kekalahan memalukan pada PRU akan datang dan mereka menuntut pemecatan susulan kekalahan dalam beberapa PRN.

PH dan PN bertanding secara berasingan pada PRN Johor dan mengalami kekalahan teruk, dengan PH hanya memenangi 12 kerusi dan PN meraih tiga kerusi, manakala Barisan Nasional (BN) mencatat kemenangan selesa dengan majoriti 2/3 selepas menguasai 40 kerusi.

PH pernah mengalami kekalahan teruk dalam PRN Melaka dan Sarawak akhir tahun lalu.

Pemimpin Pemuda Amanah itu turut menggesa “pemimpin baharu yang menggerunkan” dilantik dalam gabungan itu serta menamatkan percanggahan yang boleh menghalang perpaduan antara pembangkang.

Enam ketua Pemuda Amanah bahagian itu ialah Zulhafiz Zulkifli (Lembah Pantai), Hafizzuddin Razian (Kepong), Mohd Nur Fadhil (Bandar Tun Razak), Sheikh Khuzaifah (Bukit Bintang), Haripra Lazuardi (Batu) dan Raja Haziq (Cheras).

Satu daripada 12 kerusi PH dalam PRN Johor, dimenangi PKR yang menggunakan logo sendiri, manakala DAP dan Amanah menggunakan lambang PH.

Enam pemimpin Pemuda Amanah itu membidas keputusan menggunakan dua logo berbeza yang disifatkan mereka “sangat tidak boleh diterima”.

Mereka juga menyifatkan kurangnya usaha serius untuk membincangkan sebarang pakatan dengan parti pembangkang lain sebagai tidak boleh diterima.

Terdahulu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menggesa pendekatan “khemah besar” untuk pembangkang bertanding dalam pilihan raya.

Katanya, pembangkang perlu berdepan “realiti sebenar” dan memikul sedikit tanggungjawab atas kekalahan PH di Johor.

Beliau berkata, kurangnya perpaduan dalam kalangan pembangkang, termasuk keengganan menggunakan satu logo biasa atau membincangkan calon Menteri Besar antara faktor gabungan itu kalah dalam PRN Johor Sabtu lalu. – FMT

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat