Tidak Rasmi: BN Tawan DUN Bukit Pasir Daripada PAS

- Advertisement -

CYBERJAYA – Satu-satunya kerusi DUN Johor yang dimenangi PAS semasa PRU14 yang lalu, DUN Bukit Pasir kini kembali ditawan BN.

Berdasarkan kiraan undi tidak rasmi PRN Johor setakat ini, PAS yang bertanding menggunakan logo Perikatan Nasional (PN) telah mendapat 5,860 undi, merosot hampir 4,000 berbanding 9,835 undi yang diperolehi parti itu pada PRU14.

BN mendahului dengan perolehan 6,048 undi, manakala PH mendapat 4,679 undi di tempat ketiga.

Manakala bekas pemimpin PAS Najib Lep yang merupakan penyandang DUN berkenaan dan kini bertanding Bebas memperolehi 1, 863 undi.

Ketika ini BN sedang mendahului di 41 kerusi DUN, diikuti PH (termasuk PKR dan MUDA) mendahului di 12 kerusi DUN, manakala PN mendahului di 3 kerusi DUN.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat