11 Calon PH dan 4 Calon PN Hilang Deposit Dalam PRN Johor – Laporan

- Advertisement -

CYBERJAYA – Pakatan Harapan (PH), walaupun memenangi cukup kerusi untuk membentuk kerajaan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) tahun 2018, namun kali ini dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor menyaksikan 11 calonnya kehilangan deposit.

Memetik laporan analisis sebuah portal berita, PKR mengalami tujuh kekalahan sedemikian dan empat lagi calon Amanah turut mengalami nasib sama hilang deposit.

Manakala DAP dan sekutu PH, Muda, berjaya mengekalkan deposit mereka di semua kerusi yang ditandingi.

PH dan sekutu menang 13 kerusi DUN dalam PRN ini, merosot 23 kerusi berbanding 36 yang dimenangi pada PRU14.

Daripada 13 DUN tersebut, 10 dimenangi DAP dan masing-masing satu kerusi dimenangi PKR, MUDA dan Amanah.

Bagi Perikatan Nasional (PN), empat calonnya hilang deposit melibatkan dua calon Bersatu manakala dua komponennya yang lain – PAS dan Gerakan menyaksikan seorang calon masing-masing kehilangan deposit.

Secara keseluruhan PH dan PN menyumbang RM75,000 wang deposit mereka kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Laporan sama menyebut, tiada seorang pun calon BN yang kehilangan deposit mereka.

Keputusan rasmi PRN Johor semalam menyaksikan BN kembali mendapat mandat mentadbir kerajaan negeri setelah meraih kemenangan di 40 kerusi DUN.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat