Kalah PRN Johor Bukan Bermakna Warisan Tak Diterima Di Semenanjung – Shafie Apdal

- Advertisement -

KOTA KINABALU – Presiden Parti Warisan (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menafikan bahawa parti itu tidak diterima di Semenanjung berikutan kekalahan enam calon mereka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Sabtu lalu.

Beliau sebaliknya berkata, Warisan ada ramai penyokong walaupun tidak sampai sebulan mereka lancarkan parti itu di Johor dan di peringkat nasional pada Disember lalu.

“Saya tahu bukan keputusan yang baik, di peringkat ini untuk lihat percubaan peringkat awal dan kita kena persiapkan diri kita terlebih dahulu.

“Saya kena tahu struktur sekurang-kurangnya kita punya ahli-ahli pengerak di peringkat negeri Johor dan kita akan teliti.

“Kita katakan penolakan 100 peratus tidak benar. Ini kekalahan biasa seperti Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP, Pas dan Amanah tiada kerusi menang di Sabah,” katanya ketika ditemui pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) di sini pada Selasa.

Diminta mengulas lanjut, bekas Ketua Menteri Sabah itu turut tidak menafikan punca kekalahan Warisan disebabkan sentimen kenegerian sepanjang PRN berlangsung.

“Tiada pertikaian mengenai kepimpinan tetapi berkaitan parti di mana banyak yang dimainkan parti-parti lain termasuk DAP, Barisan Nasional (BN), tak perlu ada parti dari Warisan berada di Semenanjung.

“Bukan bererti bahawa Warisan ini parti dari Sabah, memang kepimpinan dari Sabah, secara kebetulannya tetapi ada juga kepimpinan hari ini dari Semenanjung,” jelasnya.

Sehubungan itu, beliau sekali lagi menegaskan, Warisan mahu penyatuan daripada keseluruhan dan tujuannya supaya tiada perpecahan termasuk gelombang perkauman.

Pada PRN Johor, Warisan meletakkan enam calon daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, bagaimanapun keenam-enam kerusi yang dipertandingkan tewas. – Sinar

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat