Pesawat TUDM Terbabit Kemalangan, belum ada pengumuman rasmi mengenai mangsa

Kuantan, – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengesahkan sebuah pesawat pejuang F/A-18D Hornet terbabit dalam insiden kemalangan di Pangkalan Udara Kuantan malam ini.

Menurut kenyataan Bahagian Perhubungan Awam TUDM, kejadian berlaku sekitar jam 9.05 malam di kawasan landasan Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah.

Pihak TUDM memaklumkan tindakan segera sedang diambil dan perkembangan lanjut mengenai kejadian itu akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

“TUDM ingin menegaskan agar semua pihak tidak menyebarkan sebarang spekulasi atau berita yang tidak sahih berhubung insiden ini,” kata kenyataan tersebut.

Siaran media itu dikeluarkan pada jam 10 malam, kira-kira sejam selepas kejadian berlaku.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat