Tidak Rasmi: Pejuang Tewas Semua 42 Kerusi, Catat Rekod Parti Paling Banyak Hilang Deposit

- Advertisement -

CYBERJAYA – Parti Pejuang, parti serpihan Bersatu yang membuat kemunculan pertama dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, terpaksa menelan pahit apabila kalah semua 42 kerusi yang ditandingi.

Pejuang yang diterajui oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad tampil dalam PRN ini dengan memfokuskan serangan ke atas bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isu 1MDB, juga dijangka mencatatkan rekod parti paling banyak hilang deposit.

Antara kerusi DUN yang menyaksikan Pejuang gagal memperolehi jumlah undi yang memenuhi syarat satu per lapan dari keseluruhan jumlah undi ialah Buloh Kasap (144 undi), Tenang (224 undi), Batu Kemelah (289 undi), Simpang Jeram (197 undi), Gambir (215 undi), Bukit Pasir (196 undi), Senggarang (162 undi), Rengit (202 undi) dan banyak lagi kerusi lain yang jumlah undiannya agak jauh ketinggalan berbanding BN, PH dan PN.

Satu lagi parti, Warisan yang berpusat di Sabah dan diketuai Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal turut berdepan nasib malang apabila tewas di semua enam kerusi yang ditandingi.

Manakala beberapa parti lain seperti Parti Bangsa Malaysia (PBM), Parti Putra dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan 16 calon Bebas turut gagal memenangi sebarang kerusi.

Setakat ini, kiraan rasmi menunjukkan BN sudah memenangi 33 kerusi DUN dan dijangka mencapai kemenangan di 40 kerusi DUN, lebih dari dua pertiga untuk menubuhkan kerajaan negeri yang lebih stabil.

Sementara itu, Perikatan Nasional (PN) yang sebelum ini berkeyakinan akan menguasai PRN Johor, setakat ini menang di tiga kerusi dan Pakatan Harapan (PH) pula mendahului di tujuh kerusi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat