Khairuddin umum keluar PAS

- Advertisement -

CYBERJAYA: Ahli Parlimen Kuala Nerus Datuk Khairuddin Aman Razali mengumumkan telah keluar PAS pada hari ini.

Kahiruddin menjelaskan beliau telah mengemukakan surat dan membuat permohonan untuk berhenti daripada menjadi ahli PAS.

Menurut bekas Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi itu, surat permohonan itu dikemukakan kepada Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan mengikut perlembagaan PAS.

“Merujuk perlembagaan PAS, fasal 15 (1) (a) peberhentian ahli dengan permintaan sendiri.

“Maka dengan ini saya Mohd Khairuddin Aman Razali pemegang nombor keahlian PAS 313899 memohon untuk berhenti daripada menjadi ahli PAS,” katanya pada sidang media di Parlimen, pada Isnin.

Khairuddin juga akan menyerahkan semua elaun sebagai ahli parlimen untuk waktu berbaki sebelum parlimen dibubarkan sebagai memenuhi Baiah ketika bertanding pilihanraya.

“Saya mendoakan PAS terus maju jaya sebagai sebuah parti yang membawa agenda Islam dan sebagai muslim saya akan terus memperjuangkan dasar PAS iaitu Islam dan seruan PAS iaitu Allahuakhbar dan tujuan dan usaha PAS sebagaimana yang termaktub Fasa 3,4,5 dan 6 Perlembagaan PAS yang semuanya selaras dengan kehendak Islam,” katanya lagi.

Beliau juga menyeru semua ahli PAS agar terus istiqamah dengan perjuangan PAS dan terus memperjuangkan Islam menerusi wadah parti itu.

Khairuddin memaklumkan beliau akan duduk di blok Bebas dalam Dewan Rakyat dalam tempoh sebelum parlimen dibubarkan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat