Israel Tahan 4 Kapal Flotila Global Sumud, Greta Thunberg dan 12 Rakyat Malaysia Didakwa Dalam Tahanan

TEL AVIV, – Tentera laut Israel telah memintas empat buah kapal Global Sumud Flotilla (GSF) yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza, menahan puluhan aktivis antarabangsa termasuk Greta Thunberg dan sekurang-kurangnya 12 rakyat Malaysia.

Kementerian Luar Israel mendakwa flotila itu menghampiri “zon pertempuran aktif” dan semua aktivis telah dibawa ke pelabuhan Israel. Namun penganjur flotila menyifatkan tindakan tersebut sebagai “penculikan di perairan antarabangsa” dan cubaan menyekat misi kemanusiaan.

Sementara itu Sumud Nusantara Official dalam beberapa kemaskini sejak tiga jam lalu menyatakan 12 orang rakyat rakyat Malaysia yang m ditahan termasuk Haikal Abdullah, Muaz Zainal, Zulfadhli Khairudin dan Rusydi Ramli di atas kapal Sirius; Iylia Balqis, Musa Nuwayri dan Sul Aidil di atas kapal Alma; artis Zizi Kirana di kapal Huga; serta dua lagi delegasi Malaysia di kapal Grande Blu.

GSF pula mendakwa beberapa kapal mereka diserang dengan meriam air, malah sebuah kapal dilanggar dengan sengaja.

Mereka juga menuduh Israel mengganggu sistem komunikasi bagi menghalang isyarat kecemasan dan siaran langsung ketika pemintasan berlaku.

Flotila berkenaan dijadualkan tiba di Gaza pagi Khamis dengan membawa bantuan makanan dan ubat-ubatan yang amat diperlukan, namun Israel menegaskan usaha tersebut hanyalah “provokasi”.

Rakaman yang disiarkan pihak Israel menunjukkan Greta Thunberg diberikan air dan jaket oleh tentera.

“Greta dan rakan-rakannya selamat dan berada dalam keadaan sihat,” kata kenyataan Kementerian Luar Israel. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat