Umno berhak pertimbang gerak solo, hak politik wajar dihormati – Pemuda Umno Pokok Sena

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda Umno Bahagian Pokok Sena Mohd Farhan Ahmad menyokong penuh kenyataan Ketua Pemuda Umno Datuk Dr Akmal Saleh bahawa peranan Barisan Nasional (BN) dalam memastikan kestabilan politik selepas Pilihan Raya Umum (PRU) lalu tidak boleh dinafikan.

Menurut Farhan, BN telah tampil dengan keputusan berani demi kepentingan negara, selaras dengan titah Yang di-Pertuan Agong, bagi mengelakkan ketidaktentuan politik berpanjangan yang boleh menjejaskan rakyat dan negara.

“Hakikatnya, tanpa sokongan BN ketika itu, Kerajaan Perpaduan tidak mungkin terbentuk dan kestabilan politik tidak dapat dipulihkan.

“Ini membuktikan bahawa BN sentiasa meletakkan kepentingan rakyat dan negara sebagai keutamaan, bukan kepentingan politik semata-mata,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Farhan mengingatkan, Pakatan Harapan (PH) pada masa sekarang perlu belajar menghargai jasa BN di masa lalu. Jika tidak, sukar untuk kita membina masa depan yang lebih baik bersama.

“Jangan hanya mengungkit pendirian Umno dan BN, seolah-olah melupakan hakikat bahawa BN telah menjadi faktor penentu dalam pembentukan Kerajaan Perpaduan.

“Contohnya, di Sabah PH boleh bertanding bersama GRS dan bertembung dengan BN Sabah, namun keputusan itu tetap diterima dengan lapang dada.

“Jangan pula dilupakan bahawa DAP dan Pakatan Harapan Sarawak akan berlawan dengan GPS di Sarawak. Ini membuktikan bahawa politik sentiasa berubah mengikut keadaan, dan setiap parti berhak menentukan hala tuju masing-masing.

“Oleh itu, jangan berfikiran sempit. Semua pihak perlu menghormati pendirian dan hala tuju politik masing-masing tanpa mengeluarkan kenyataan yang boleh mengeruhkan hubungan dalam kerajaan,” ujarnya.

Farhan menegaskan, Umno berhak mempertimbangkan gerak kerja secara solo pada pilihan raya akan datang, dan pendirian ini adalah hak politik yang wajar dihormati.

“Kesimpulannya, BN telah membuktikan komitmen terhadap kestabilan negara.

“PH perlu berhenti bermain retorik dan mula menghargai peranan BN dalam memastikan kerajaan perpaduan dapat berfungsi dengan baik demi rakyat dan negara,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat