Ahli Majlis Salah Guna Kuasa, Main Badminton Ketika PKP

- Advertisement -

Shah Alam – Seorang ahli Majlis Bandaraya Shah Alam di dakwa menyalahgunakan kuasa ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurut aduan yang di hantar ke SuaraTV sebentar tadi, Yugarajah Palanisamy dikatakan telah mengarahkan dewan tersebut dibuka bagi membolehkan dia bermain badminton bersama kawan-kawannya.

“Saya telah dihubungi oleh anggota saya, team PANTAS pada jam hampir 1 pagi tadi (03/04/2020) mengenai satu aduan berkenaan penggunaan Dewan MBSA / Pejabat MPP Zon 9 Jln Azalea 25/28.

“Hasil pemeriksaan di dapati satu kumpulan lelaki India (4 orang) sedang bermain badminton dan pemeriksaan mendapati salah seorang daripada kumpulan tersebut adalah Ahli Majlis MBSA,” memetik kenyataan di dalam aduan tersebut.

Menurut aduan tersebut, ketika disoal anggota polis yang bertugas, Yugarajah telah memaklumkan dirinya merupakan ahli majlis sambil memberikan kad identitinya bagi mengelakkan tindakan di ambil.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

“Satu kereta peronda polis dengan 2 anggota tiba dilokasi dengan aduan yang sama. PDRM memberi teguran supaya tidak mengulangi kesalahan yang sama dan tidak membuat tangkapan.

“Saya dan anggota terkesan dengan sikap Ahli Majlis ini yang seharusnya turut membantu dan mendokong usaha kerajaan dan MBSA dalam menguatkuasa kan arahan PKP,” ujar pengadu lagi.

Pengadu turut melahirkan rasa kesal dengan sikap ahli majlis tersebut yang secara jelas mengunakan kedudukan yang ada untuk engkar arahan yang telah dikeluarkan sebelum ini.

“Beliau juga menggunakan Dewan MBSA walaupun arahan larangan telah dikeluarkan oleh Majlis.

“Kalau tidak di fikirkan tentang nama baik MBSA kita biarkan saja polis membuat tangkapan,” ujarnya lagi. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat