Pemuda UMNO Kota Raja Sokong Rotan Remaja Ingkar PKP

- Advertisement -

SHAH ALAM – Pergerakan Pemuda UMNO Kota Raja meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM) agar memberikan pertimbangan yang sewajarnya dan tidak terlalu berkeras terhadap mana-mana pegawai dan anggota yang bertugas sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Penerangannya, Mohd Zaffarollah Mohd Nordin ketika dihubungi berkata tindakan sedikit keras yang mereka lakukan itu hanya bertujuan untuk mendidik dalam memastikan masyarakat akur dengan PKP sekaligus memutuskan rantaian penyebaran Covid-19.

“Tindakan merotan itu adalah wajar, kerana ia bertujuan untuk memastikan masyarakat akur dengan PKP. Andai pihak berkuasa tidak berkeras, rantaian virus ini tidak akan terputus sekaligus mengagalkan usaha, penat lelah dan komitmen kerajaan selama ini.

“Fasa menasihati, memujuk, bertegas telah berakhir. Andai tindakan tetap di ambil (terhadap pegawai tersebut) kami khuatir masyarakat akan semakin besar kepala dan hilang rasa hormat terhadap petugas ‘frontliner’ yang sanggup mengadai nyawa,” katanya sebentar tadi.

Mohd Zaffarollah turut meminta pihak PDRM agar tidak tunduk terhadap sebarang desakan segelintir pihak yang hanya ingin mencari salah para petugas barisan hadapan.

“Orang yang desak polis untuk tidak melayan masyarakat yang engkar PKP ini sebenarnya sakit otak.

“Disebabkan 3-4 orang yang degil ini, 33 juta rakyat yang lain bakal berdepan dengan risiko menjadi mangsa dijangkiti wabak ini,” tegasnya lagi.

Terdahulu Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Zaini Jass berkata, pihaknya tetap akan menjalankan siasatan dalaman terhadap pegawainya di Kunak yang merotan lima remaja lelaki kerana mengingkari PKP, baru-baru ini.

“Pegawai ini, kita akan ambil tindakan sebab ia mencerminkan perbuatan tidak sewajarnya oleh pegawai polis dalam melaksanakan PKP.

“Walaupun niat dia baik, cara dia tidak betul. Perlu mematuhi SOP sedia ada dan tidak melanggar piawaian polis,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, di Kepayan, hari ini.

Semalam, tersebar sebuah video berdurasi 26 saat memaparkan seorang pegawai polis bertindak merotan lima remaja terbabit menggunakan ranting kayu kerana ingkar arahan untuk balik ke rumah masing-masing.

Video berkenaan mendapat pelbagai reaksi di media sosial terutama golongan netizen yang memuji langkah pihak berkuasa yang tegas dalam melaksanakan tugas memastikan rakyat mematuhi PKP.

Zaini berkata, tindakan di peringkat jabatan akan diambil ke atas pegawai itu, manakala kumpulan remaja itu sebenarnya bernasib baik kerana mereka tidak ditangkap sebaliknya polis hanya memberi pengajaran moral kepada mereka. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat