Lagu Negaraku & Inilah Barisan Kita Berkumandang Untuk Frontliner

- Advertisement -

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=hu307rNnOuI[/embedyt]

Selangor – Di Batu Caves, Selangor, penduduk di sebuah kediaman kondominium bersorak di luar tingkap rumah masing-masing sebagai tanda sokongann kepada pasukan barisan hadapan (frontliner) dalam ‘perang’ menentang wabak Covid-19 ini.

Sebelum sorakan itu bermula, penduduk menyalakan lampu dari telefon pintar masing-masing dari balkoni rumah sebagai menyahut cabaran #TQFrontliner.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Difahamkan, satu kempen yang bertajuk #TQFrontliner telah dijalankan sebeleum ini melalui satu poster yang disebar di kalangan penduduk berkenaansebagai sokongan kepada frontliner Covid-19.

Wan Zuraihi Wan Muhammad, 41, yang juga penduduk di Semarak Kondominium, Batu Caves itu ketika dihubungi SuaraTV berkata, selain tanda sokongan kepada frontliner, sorakan tersebut dapat menghilangkan tekanan ‘berkurung’ di rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini berkuat kuasa.

“Awalnya, penduduk cuma menyalakan lampu daripada telefon masing-masing, kemudia keadaan bertukar menjadi havoc bila ada yang mula bersorak.

“Sorakan dan lagu tu sebagai sokongan kita kepada frontliner yang bertugas, dalam masa sama dapatlah hilangkan stress masing-masing, Lega.” Katanya kepada SuaraTV.

Turut kedengaran dalam video yang dikongsikan oleh Wan Zuraihi, lagu Negaraku dan lagu Inilah Barisan Kita yang dinyanyikan bersama beramai-ramai sesama mereka.

Wan Zuhairi turut berkongsikan klip video berkenaan di akaun Facebook miliknya dan mendapat pelbagai reaksi daripada rakan Facebook beliau.

Hari ini masuk hari ke-18 Malaysia melalui tempoh Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh negara bermula pada 18 Mac 2020 lepas.

Ia menyaksikan sebanyak 3,333 kes positif Covid-19 di negara ini melibatkan 53 kes kematian.

Walau bagaimanapun, sebanyak 827 kes telah disahkan sembuh oleh Kementerian Kesihatan Malaysia manakala terdapat 2,453 kes yang masih dalam rawatan termasuk 108 kes yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Daripda jumlah tersebut, 54 kes memerlukan bantuan pernafasan. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat