Singapura Perketat Langkah Cegah Covid-19, Tutup Tempat Kerja dan Sekolah

Hakim perbicaraan kes SRC Najib ditukar ke mahkamah sivil

KUALA LUMPUR: Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali yang mendengar perbicaraan kes pecah amanah dan salah guna kuasa berkaitan dana SRC International Sdn...

Tidak putus asa, Anwar sekali lagi dakwa ada cukup sokongan

CYBERJAYA: Ketika negara sedang sibuk melawan Covid-19, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi mengulangi kenyataannya sebelum ini bahawa beliau mempunyai sokongan majoriti...

“Dorang datang lawat abang lah… lepas ni boleh lah Google Meet di rumah”

SANDAKAN - BESAR betul kesan viral cerita pasal budak 10 tahun dari Kampung Sinar Baru, Batu 12 yang terpaksa pergi bukit dalam ladang sawit...

Perjuangan muzik UNC

MUNCUL dengan single Akhirnya pada hujung September tahun lalu, kumpulan baharu dikenali Uncle Naz Cabin atau UNC akur perlu mencari arah untuk mengembangkan bakat...

Fobia Covid-19 tetap ada

Pengalaman ketika dijangkiti Covid-19 pada April tahun lalu memberi satu kejutan buat pelakon, Puteri Aishah. Namun dia tidak boleh melayan perasaan takut untuk meneruskan kerjaya...

SINGAPURA – Susulan lebih banyak kes tempatan dan kluster baharu muncul, Singapura hari ini mengambil keputusan untuk mengenakan langkah-langkah yang lebih ketat mulai Selasa ini.

Menyamakannya sebagai pemutus litar, Perdana Menterinya, Lee Hsien Loong dalam ucapannya mengenai keadaan Covid-19 berkata, langkah sedemikian akan dilaksanakan selama sebulan, buat permulaan.

“Ia akan membantu mengurangkan risiko letusan wabak yang besar dan ia juga seharusnya membantu menurunkan angka kita sedikit demi sedikit. Ini selanjutnya akan membenarkan kami melonggarkan beberapa langkah yang diambil,” katanya.

Setakat 12 tengah hari semalam, Singapura mencatatkan 1,049 kes positif, 266 pulih sepenuhnya sementara 23 dalam keadaan kritikal di unit rawatan rapi.

Dalam tempoh sebulan itu, Hsien Loong berkata, kebanyakan tempat kerja akan ditutup kecuali perkhidmatan penting dan sektor ekonomi utama.

“Perniagaan makanan, pasar dan pasar raya, klinik, hospital, utiliti, pengangkutan dan perkhidmatan perbankan utama akan tetap dibuka. Mereka adalah perkhidmatan penting.

“Kami juga tidak seharusnya mengganggu sektor ekonomi strategik atau yang membentuk sebahagian daripada rantaian pembekalan global.

“Mereka yang bekerja di dalam industri ini masih boleh terus pergi kerja dengan mengamalkan jarakan sosial,” kata beliau.

Langkah lain yang lebih ketat termasuk sekolah dan institusi pengajian tinggi beralih kepada pembelajaran di rumah sepenuhnya.

Singapura sudah memulakan pembelajaran dari rumah selama sehari minggu ini.

Menurutnya, Singapura juga akan mengetatkan kawalan pergerakan dan perhimpunan ramai.

“Ia berkisar kepada tiga perkara. Pertama, duduk di rumah sebanyak mungkin. Kedua, hindarkan bersosial dengan mereka di luar lingkungan isi rumah anda. Ketiga, keluar hanya untuk urusan penting sahaja,” katanya.

Dalam ucapannya, Hsien Loong juga menyentuh mengenai masyarakat Melayu/Islam dengan menggunakan Bahasa Melayu.

Hsien Loong berkata, beliau menghargai pengorbanan dan penyesuaian besar yang dilakukan masyarakat itu seperti memahami kenapa masjid ditutup dan menunda majlis keramaian yang penting seperti majlis perkahwinan.

“Seperti yang diterangkan Mufti, masyarakat Islam juga perlu membuat penyesuaian bagi Ramadan dan bulan Syawal yang bakal menjelang. Saya sendiri kecewa kita tidak akan ada bazar di Geylang Serai tahun ini, tetapi ini tidak boleh dielakkan.” katanya.

Hsien Loong memberi jaminan bahawa keadaan masih terkawal tetapi melahirkan rasa bimbang kemungkinan bilangan kes baharu akan melonjak dengan tinggi.- Bernama

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Tahanan Dirogol Di Dalam Lokap, Dua Anggota Polis Miri Digantung Tugas

KUCHING: Polis Sarawak menggantung tugas dua anggotanya selepas seorang gadis bawah umur mendakwa dirogol seorang tahanan lain, ketika ditahan di dalam lokap tahanan Balai...

YBR Tampil Membantu Anak Kehilangan Bapa Akibat Pandemik Covid-19

CYBERJAYA - Kisah sedih seorang anak yang kehilangan bapa akibat pandemik Covid-19 telah menarik perhatian Yayasan Bank Rakyat untuk tampil meringankan beban Mohamad Nor...

Pesawat Milik Syarikat Penerbangan Pakistan Ditahan Di KLIA

PUTRAJAYA – Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) mengesahkan sebuah pesawat milik Pakistan International Airlines (PIA) ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini. MOT...

Berita Berkaitan

Republikan Minta Demokrat Tangguh Prosiding Trump

REPUBLIKAN di Senat Amerika Syarikat meminta Demokrat menangguhkan sehingga Februari prosiding perbicaraan bagi pendakwaan ke atas bekas Presiden, Donald Trump. Hujah mereka, ia bagi membolehkan...

Polis Tahan Ahli Armada Bersatu, Rampas 1.5 Kilogram Dadah

KUALA LUMPUR – Seorang ahli biro Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) yang disyaki mengedar dadah yang diproses sendiri di rumah berjaya dicekup oleh polis. Suspek...

18 Kematian Akibat Covid-19, Rekod Tertinggi Harian

KUALA LUMPUR - Malaysia merekodkan kes kematian baharu tertinggi setakat ini iaitu sebanyak 18 korban menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian kini sebanyak 660 kes. Ketua...