Video: Kalau Bapa Polis, Yang Kurang Ajar Sangat Kenapa

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Tidak berpuas hati dengan tindakan yang biadap, seorang anggota polis hampir menangkap seorang lelaki dalam satu kejadian di Pusat Perubatan Universiti Malaya.

Melalui satu rakaman video berdurasi 2:11 saat yang dimuatnaik di laman media sosial, anggota polis tersebut dilihat memarahi seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam satu kemalangan jalan raya.

“Jangan cabar saya, awak bertindak biadap dekat sini saya bukan PB tapi polis.

“Kalau bapa awak polis, yang nak kurang ajar sangat itu kenapa?

“Dalam kes kemalangan, siapa salah (atau) siapa betul belakang kira (kerana) apa yang penting adalah survive (masih hidup),” jelas anggota polis tersebut.

Terdahulu lelaki itu dilihat menjerit-jerit ketika memarahi seorang lelaki yang lain.

“Kau nak tengok pass aku ke (sebab) kalau aku pergi hospital kerajaan free (tiada bayaran dikenakan).

“Benda (kemalangan) ini jadi dekat sini…. bayar sekarang.. sakit tau tak nasib baik aku telan ponstan (ubat tahan sakit,” tempiknya sebelum ketibaan anggota polis yang bertugas.

Sejurus selepas dimarahi anggota polis tersebut, lelaki itu kemudiannya meminta maaf sambil merendahkan nada suaranya.

Diakhir klip video tersebut, lelaki itu kelihatan kembali tenang sambil berulang kali melontarkan permohonan maaf sebagai tanda penyesalan.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan bila kejadian tersebut dirakamkan. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat