KUALA LUMPUR – Timbalan Ketua Penerangan MCA Neow Choo Seong mengingatkan Setiausaha Agung DAP Anthony Loke bahawa tempoh 24 jam selepas DUN Johor dibubarkan telah berakhir.
Peringatan Choo Seong itu susulan kenyataan Loke sebelum ini bahawa “Kalau Johor bubar esok, Negeri Sembilan pun boleh bubar esok”.
“Merujuk kepada kenyataan penuh yakin Setiausaha Agong DAP, Anthony Loke semasa Konvensyen Pakatan Harapan (PH) yang diadakan di Johor pada 17 Mei 2026, ramai yang bertanya bila masa DUN Negeri Sembilan nak dibubarkan?
“Sudah 24 jam DUN Johor dibubarkan. Tanya saja, jangan kecam,” katanya membidas Loke yang juga
Pengerusi DAP Negeri Sembilan itu.
Loke sebelum ini pernah menyebut, “kalau Johor nak lawan 56 DUN, Negeri Sembilan pun kita lawan 36 DUN.
“Kalau Johor bubar esok, Negeri Sembilan pun boleh bubar esok,” katanya.



