Spider-Man Juga Perlu Patuh PKP dan Duduk Di Rumah – Polis

- Advertisement -

Aliran trafik di plaza Tol Gombak bergerak perlahan apabila pemandu memperlahankan kenderaan mereka untuk melihat kelibat adiwira ‘Spider-Man’ baru-baru ini.

Seorang pengguna Facebook, Anna Pettire memuat naik gambar kejadian, yang menunjukkan ‘adiwira’ berkenaan dilihat bercakap dengan seorang anggota polis, sambil diperhatikan seorang anggota tentera.

“Spider-Man cuba menjelaskan kepada tentera dan polis mengapa dia harus dilepaskan kerana dia berada dalam perkhidmatan penting untuk menyelamatkan nyawa,” tulisnya secara berseloroh.

Ketika dihubungi Malaysiakini kemudiannya, Anna berkata kejadian itu berlaku pada Selasa lalu.

“Dia (Spider-Man) parkir van dia berdekatan dan jalan ke arah dua anggota beruniform tu. Saya tak sempat nak ambil gambar dari depan untuk tunjukkan topeng Spider-Man,” tambah beliau.

Ditanya bagaimana anggota keselamatan terbabit menunjukkan reaksi mereka terhadap individu berkenaan, beliau menjawab: “Macam dalam gambar, kool dan profesional.”

Imej sama turut dimuat naik oleh Facebook rasmi PDRM, yang secara bergurau mengatakan ‘adiwira’ juga tertakluk di bawah perintah kawalan pergerakan.

“Walaupun anda merasakan diri sebagai seorang adiwira, anda juga perlu patuh dengan arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan. Ambil peluang untuk berehat di rumah bersama insan tersayang!

“Biar kami pula yang jaga keselamatan anda. #SpidermanStayAtHome

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia,” menurut hantaran tersebut.

Imej tersebut mengundang pelbagai pendapat daripada netizen.

“Hey Spidey, just #stayHome. This is not the job for superhero. Only abang polis can handle. (Hey Spiderman, duduk di rumah saja. Ini bukan kerja untuk adiwira. Hanya abang polis boleh kendalikannya),” kata seorang pengguna Facebook, Audrey Leong.

Ada juga yang berpendapat aksi tersebut hanya bertujuan meraih perhatian, malah melabelkan individu terbabit ‘sakit mental’ sejak PKP dilaksanakan.

“Ramai sangat yang kena sakit mental sejak PKP ni di buat. Kadang-kadang segelintir mereka ni saja nak glamour dengan berpakaian pelik-pelik, pakai macam-macam jenis mask buatan sendiri. Lepas tu rakam video kasi viral dalam media sosial,” kata salah seorang pengguna dengan nama En Kay.

Pengguna lain, Jack Andak pula berkata, “Ramai sangat nak popular musim Covid ni..duduk je la kat rumah”.

Terdahulu, Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob memaklumkan bahawa polis telah melakukan sebanyak 4,189 tangkapan, manakala 1,449 individu didakwa di mahkamah kerana melanggar PKP yang bermula sejak 18 Mac.

Bagaimanapun katanya, jumlah mereka yang ditahan pihak berkuasa mulai menurun.

Hukuman maksimum melanggar PKP adalah penjara selama 6 bulan, atau denda RM1,000 atau kedua-duanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat