Lantik Kor Ming, Duta Khas Ke Afghanistan Sindir Najib

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak secara berjenaka meminta agar kerajaan turut melantik Timbalan Setiausaha Agung DAP, Nga Kor Ming sebagai Duta Khas.

Najib melalui laman Facebook sebentar tadi berkata perlantikan Kor Ming itu pasti akan direstui partinya.

“Saya cadang kerajaan PN lantik Nga Kor Ming sebagai duta khas ke negara Afghanistan.

“DAP tentu akan bersetuju dengan lantikan politik ini. Hari ini dapat surat, esok bertolak ke sana,” sindir Najib sambil memuat naik laporan berita berhubung kenyataan kontroversi ‘negara Taliban’.

Najib turut memuatnaik laporan berhubung kenyataan melampau Nga mengenai ‘negara Taliban’.

Awal tahun lalu, Timbalan Speaker Dewan Rakyat itu dilapor bercakap kepada pemberita sekiranya pakatan PAS dan Umno mengambil alih kerajaan persekutuan, Malaysia akan menjadi seperti Afghanistan di bawah pentadbiran Taliban.

Tiga hari kemudian, bekas menteri kewangan, Lim Guan Eng pula mengeluarkan kenyataan yang menyifatkan kerjasama Umno-PAS “perisytiharan perang” terhadap golongan bukan Melayu.

Sekurang-kurangnya 58 laporan polis dibuat berhubung kenyataan melampau itu kerana menimbulkan kemarahan masyarakat Islam di negara ini. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat