Pendirian Terbaru WHO, Pakai Topeng Muka Tak Semestinya Cegah Covid-19

- Advertisement -

Ketika ini, pelbagai negara ada pendekatan berbeza terhadap topeng muka — sama ada ia perlu dipakai atau tidak — supaya dapat mengelak jangkitan COVID-19.

Dalam kenyataan terbaharu oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Jumaat, pemakaian topeng muka di tempat awam mungkin tidak akan menghalang individu yang sihat daripada dijangkiti koronavirus.

Namun, ia boleh menghentikan individu yang positif daripada menjangkiti orang lain.

“Buktinya jelas, pemakaian topeng di tempat awam tidak semestinya akan melindungi anda.

“Namun jika orang yang dijangkiti memakai topeng muka di tempat awam, mereka kurang berkemungkinan untuk menjangkiti orang lain.

“Ketika ini, daripada perspektif WHO, mereka yang positif harus mengasingkan diri dan kita harus pastikan mereka mengasingkan diri,” kata Dr Mike Ryan, Ketua Pengarah Program Kecemasan WHO pada sidang media, Jumaat.

Tegas Dr Mike lagi, topeng muka gred perubatan seharusnya diperuntukkan untuk pekerja di barisan hadapan.

“Kita harus memastikan peralatan perubatan, pembedahan dan topeng bantuan penafasan difokuskan kepada pekerja barisan hadapan.

“Namun, idea untuk menggunakan pelindung mulut untuk elak daripada menyebar jangkitan apabila batuk atau bersin, itu tidak salah,” kata Dr Mike.

Terdahulu, Ketua Pengarah WHO Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus menjelaskan bahawa orang yang tidak bergejala tiada keperluan untuk memakai topeng muka.

Pada masa yang sama, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat turut mengubah pendirian terhadap topeng muka.

Kini, CDC mengesyorkan rakyat AS memakai topeng muka ketika berada di tempat awam kerana ia dipercayai dapat elak individu positif daripada menjangkiti orang lain.

Namun, tegas Ketua Bedah AS Jerome Adams, topeng muka bukan menjadi pengganti kepada penjarakan sosial.

Presiden Trump pada sidang media itu, bagaimanapun “memilih untuk tidak memakai topeng muka” kerana dakwanya, ia adalah satu pilihan sukarela dan bukan mandatori.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat