Menukar Pusat Konvensyen Terbesar Menjadi Hospital Dalam 4 Hari

- Advertisement -

KUALA LUMPUR, 3 April – Empat hari, itulah masa yang diambil untuk menukar pusat konvensyen terbesar Malaysia, menjadi hospital sementara untuk menempatkan pesakit Covid-19.

Inilah yang berlaku di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang, sebagai persediaan untuk menghadapi gelombang ketiga Covid-19.

Dua dewan di MAEPS, Dewan A (9,600 meter persegi) dan Dewan C (3600 meter persegi) telah ditukarkan untuk menjadi pusat kuarantin dan rawatan bagi merawat pesakit Covid-19 yang mempunyai simpton ringan atau mereka dengan tanpa gejala (asymptomatic).

Sesiapa pun yang biasa dengan pengurusan majlis, akan bersetuju, untuk menukar pusat konsvensyen ini menjadi hospital sementara dalam masa 4 hari adalah satu pencapaian yang hebat.

Apa yang lebih hebat lagi ialah, semua ini dicapai ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sedang dilaksanakan dimana semua jalan, kedai dan perniagaan serta penduduk tidak dibenarkan untuk meninggalkan rumah.

Ketua Pegawai Operasi MAEPS, Norafizah Raham berkata, beliau dan pasukannya akan mengenang pencapaian ini untuk satu tempoh masa yang panjang.

“Kami biasa dengan penganjuran majlis di dewan ini. Dari pertunjukkan automatif, pameran perlancongan dan konsert, kami telah melihat semuanya. Tapi tidak pernah terbayang di fikiran bahawa satu hari nanti kami akan membina sebuah hospital (di kawasan ini), dan itupun dalam tempoh 4 hari”, katanya kepada Twentytwo13.

Semuanya bermula pada 24 Mac apabila beliau menerima panggilan telefon dari Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

“Mereka mahu mengadakan lawatan tapak pada pukul 3 petang pada hari yang sama untuk melihat kemungkinan membina sebuah hospital sementara”.

“Saya sedang berada di rumah. Kebanyakkan kakitangan saya juga berada di rumah. Kami beruntung kerana ada kru di MAEPS yang membantu pegawai NADMA dengan menunjukkan semua fasiliti yang tersedia”, kata Norafizah.

Menjelang 8 malam hari itu, beliau diberitahu bahawa sebuah jawatankuasa pemandu akan bermesyuarat pada keesokan harinya dan ia turut melibatkan wakil dari Nadma, Kementerian Kesihatan, Jabatan Pertahanan Awam, Kementerian Kerja Raya dan MAEPS.

“Tiba pada hari Rabu, kami diberitahu bahawa Perdana Menteri telah membuat keputusan untuk menukarkan MAEPS menjadi hospital sementara. Kita melihat China membina hospital dalam tempoh 10 hari dari tapak kosong, tapi bagaimana kamu mahu menukarkan sebuah pusat konvensyen menjadi sebuah hospital”.

“Kemudian kami mengkaji beberapa keping gambar dari China dan Amerika Syarikat tentang bagaimana katil disusun dalam bangunan untuk pesakit Covid-19 dan ia secara serta merta memberikan kami perspektif yang lebih baik”.

Tapi Norafizah merasakan untuk meletakkan katil dalam keadaan terbuka bermaksud pesakit tidak mempunyai privasi dan beliau dengan cepat memberikan idea penempatan katil di dalam kubik.

Dengan gambaran yang lebih jelas tentang bagaimana fasiliti itu harus kelihatan, semuanya kakitangan MAEPS sudah bersedia dan menjelang malam Khamis, pelan untuk dewan A dan C telahpun siap.

Tapi, sementara semua mekanisme telah ditetapkan, perkara yang paling memeningkan kepala ialah bagaimana unutk mendapatkan peralatan yang diperlukan untuk fasiliti itu nanti.

“Lebih kurang 150 orang terlibat – daripada pembekal, kontraktor hingga kepada pencuci. Kami terpaksa mencari sumber peralatan dengan cepat dan kamu juga perlu mendapatkan pelepasan daripada pihak polis untuk memastikan vendor kami bukan sahaja dapat memasuki premis perniagaan mereka bahkan bergerak ke sana sini untuk mendapatkan sumber peralatan yang kami perlukan.

“Dengan kedai perkakasan yang ditutup, kami terpaksa menyakinkan mereka untuk membuka kedai supaya kami boleh mendapatkan peralatan yang kami perlukan.

“Ia pastinya satu cabaran kerana dengan sekatan jalan raya yang diadakan, ada pembekal kami yang dihentikan dan terpaksa menunggu sehingga balai polis memberikan kebenaran kepada mereka.

“Ia adalah perlumbaan menentang masa kerana semuanya perlu disiapkan menjelang Ahad. Masa yang diambil untuk menyediakan hospital ini adalah lebih pantas berbanding (penganjuran) majlis biasa yang mengambil masa sehinga seminggu.untuk dilaksanakan”, katanya.

“Tapi kami mampu mendapatkan pembekal untuk menghantar 400 buah katil dan tilam (untuk Dewan A) sementara selimut dan alas katil, disediakan oleh Kementerian Kesihatan. Kami mencuba sehabis baik untuk memenuhi semua keperluan yang ditetapkan.

Narafizah berkata, Ketua Pegawai Eksekutif Mardi Corp, Zaidi Shahrim memainkan peranan penting kerana beliau hadir pada setiap hari bagi memastikan semua kerja mengikut perancangan.

Krew kami katanya, melakukan tugas itu seperti mana penganjuran majlis yang lain, tapi dengan aspek keselamatan (untuk bakal pesakit) diberikan keutamaan.

Pegawai dan Inspektor dari Jabatan Kerja Raya serta Kementerian Kesihatan, turut melakukan ujian teliti bagi memastikan bangunan itu mempunyai bekalan kuasa yang cukup termasuk generator. Semua peralatan yang dipasang di premis itu, termasuk kepala mandian dan penyangkut tuala, mestilah selamat untuk pesakit.

Fasiliti ini juga dilengkapi dengan penyaman udara sepenuhnya dan ia turut dilengkapi dengan kemudahan memanggil jururawat, kawasan rawatan kecemasan, klinik, farmasi dan kemudahan X-ray.

“Kami berbangga atas kerjasama dari Telekom Malaysia yang bersetuju menyediakan internet percuma sementara Nestle menaja bijirin dan minuman untuk semua kakitangan, termasuk kakitangan kami yang bertugas bila hospital dibuka.”

“Ada juga penaja lain yang memberikan komitmen untuk menjadi sebahagian dari inisiatf ini dan kami berterima kasih kepada kesemua mereka”.

Antara kemudahan lain hospital sementara itu termasuk:-

  • Komputer
  • Surau
  • CCTVs
  • Kawasan untuk menyalin pakaian
  • Kawasan rehat yang dilengkapkan dengan kerusi urut.

Menjelang Ahad malam, Dewan A telah siap dan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang melawat MAEPS pada Isnin, berasa sangat kagum.

“Tidak ramai yang tahu tentang perkara ini tapi MAEPS adalah hasil idea Perdana Menteri ketika beliau menjadi Menteri Pertanian lebih sedekad dulu.

“Bila kami berjumpa pada hari Isnin, beliau sangat berpuas hati melihat MAEPS boleh diubahsuai kegunaannya untuk menjadi hospital sementara ketika negara memerlukan fasiliti untuk menempatkan pesakit Covid-19”. Norafizah berkata, kerja tambahan di Dewan C yang boleh menempatkan 200 pesakit, sedang berjalan.”

Sementara hospital itu akan terus wujud sebagai fasiliti persediaan, Norafizah berkata mereka melihat ia sebagai khidmat kepada negara.

“Jika MAEPS digunakan sebagai hospital, kami tidak mampu untuk menganjurkan sebarang majlis disini. Walaupun semua pesakit telah dibenarkan keluar, dewan itu perlu ditutup selama 1 bulan bagi proses disenfeksi dan akan hanya dibuka setelah mendapat kebenaran Kementerian Kesihatan”.

“Walaupun kami telah menerima tempahan untuk dewan tersebut, kami percaya, rakyat akan memahami bahawa kepentingan negara mengatasi yang lain”, katanya lagi.

Sejak ditubuhkan pada tahun 2008, MAEPS telah menjadi lokasi popular untuk penganjur majlis berikutan pelbagai kemudahan yang disediakan di kawasan tersebut seperti penyaman udara sepenuhnya, ruang pameran yang besar, tandas, serta kemudahan pengangkutan dan logistik.

Sumber: Twentytwo13.my

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat