Kecewa karya dirompak

- Advertisement -

PETALING JAYA: Pelakon, Wanna Ali, 23, kesal apabila filem Ada Apa Dengan Dosa menjadi mangsa penyamun cetak rompak digital menerusi platform e-dagang.

Wanna berkata, dia merasakan penat lelah bersama seluruh tenaga produksi menjalani penggambaran di Scotland dua tahun lalu seakan sia-sia.

Apatah lagi, katanya, mereka sudah bekerja keras untuk menghasilkan karya yang berkualiti.

“Sebelum ini, saya tidak pernah ambil tahu mengenai isu cetak rompak walaupun ia sudah berlaku sejak tiga dekad lalu, tak kiralah peringkat tempatan mahupun antarabangsa.

“Apabila perkara ini berlaku kepada diri sendiri, barulah saya sedar betapa kecewanya apabila usaha keras kami menjalani penggambaran hingga ke luar negara dirompak dan diciplak,” katanya kepada BH Online.

Pelakon, Wanna Ali bekerja keras untuk filem lakonannya, Ada Apa Dengan Dosa yang menjadi mangsa penyamun cetak rompak digital. - Foto IG Wanna Ali
Pelakon, Wanna Ali bekerja keras untuk filem lakonannya, Ada Apa Dengan Dosa yang menjadi mangsa penyamun cetak rompak digital. – Foto IG Wanna Ali

Wanna berkata, ibunya, Datuk Normashayu Puteh bersusah payah membuat aduan ke pihak berkuasa, namun apa yang mengecewakan, tiada sebarang tindakan diambil.

“Siapalah saya untuk menyuarakan semua ini, suara saya terlalu kecil. Tetapi, sekiranya tiada sebarang tindakan yang diambil, macam mana kami hendak menjana semula pendapatan dan industri hiburan hendak maju?” kata Wanna ketika ditemui pada majlis sidang media anjuran Gabung Anak Seni – Akta Finas 1981, relevan atau terbatal, semalam.

Majlis sidang media itu turut dihadiri presiden Gabung Anak Seni, Ellie Suriaty; penerbit filem Ada Apa Dengan Dosa, Normashayu; penerbit filem Town Mall, Zainuddin Ismail dan penggiat industri.

Sementara itu, pemilik Pencil Pictures & Records, Normashayu tidak mampu menyembunyikan kekecewaan apabila filem terbitannya dijual di platform e-dagang pada harga serendah RM1.

Normashayu berkata, dia berharap kerajaan menambah baik Akta Finas 1981 bagi mengekang masalah penyamun cetak rompak yang beralih ke arah dunia digital.

“Saya tak tahu hendak mengadu kepada siapa lagi. Saya sudah buat laporan polis, tetapi menjelaskan bukan bidang kuasa mereka, melainkan mempunyai kedai fizikal.

“Saya terasa seolah-olah periuk nasi diperkosa. Sekarang ini, saya dalam dilema kerana tidak tahu hendak merujuk kepada siapa.

“Cuma, saya merayu kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia agar dapat membawa isu cetak rompak ke parlimen kerana saya buntu mahu meminta bantuan pihak mana,” katanya.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat