Neelofa wajah rantau Asia Tenggara

- Advertisement -

PENGACARA popular, Neelofa dilantik sebagai duta rantau Asia Tenggara Lancome sekali gus menjadi individu Malaysia pertama yang mewakili jenama produk kecantikan Perancis itu.

Neelofa ketika ditemui berkata, dia mengaku terharu dan bersyukur atas pelantikannya itu serta berpeluang membawa imej wanita muslim berhijab di mata dunia.

“Jenama ini banyak menyokong kerjaya saya sejak lima tahun lalu. Sudah lama saya menyimpan impian untuk bekerjasama dengan jenama yang mengutamakan kebahagiaan, cita-cita dan menjalani kehidupan sepenuhnya dengan indah serta bermakna.

“Saya tak sangka diberi berpeluang menjadi wanita Malaysia pertama dilantik sebagai duta Asia Tenggara bagi produk ini.

“Ini satu tugas yang besar dan tanggungjawab baharu yang perlu saya galas. Susah nak percaya apabila berjaya sampai ke tahap ini.

“Mewakili wanita Muslim berhijab bersama produk antarabangsa ini boleh dianggap sebagai jihad kecil saya. Diharapkan jalinan ini mendapat keberkatan daripada Allah SWT,” katanya ketika ditemui pada majlis pelantikan sebagai duta Asia Tenggara Lancome di Damansara, hari ini.

Menurut Neelofa, pemilihannya sebagai duta boleh dianggap sebagai satu kejayaan buat negara kerana selama ini wajah produk antarabangsa itu sering ditawarkan kepada negara luar.

“Sebelum ini mereka sering tampil dengan wajah dan duta baharu dari Jepun, Korea dan China. Selalunya wakil daripada Asia Tenggara tidak dipandang sangat.

“Tapi siapa sangka akhirnya wakil daripada Malaysia dipilih menerusi satu proses yang panjang. Ini satu kebanggaan buat kita.

“Insya-Allah, buat kali pertama dalam sejarah produk ini juga akan tampil dengan kempen Hari Raya Aidilfitri 2021. Sebelum ini mereka tidak pernah anjurkan kempen Aidilfitri di Malaysia. Kempen ini juga akan diperkenalkan di negara jiran seperti Indonesia dan Singapura,” katanya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat