Istilah Tepat Untuk Kereta Terbang ialah ‘Superdrone’

- Advertisement -

CYBERJAYA – Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar menjelaskan bahawa istilah kereta terbang adalah merujuk kepada ‘superdrone’ mengikut konteks sebenar dalam industri ‘Air Mobility’.

Dalam satu kenyataan hari ini, Wan Junaidi berkata beliau menjelaskan perkara tersebut dalam sesi menjawab soalan berbangkit bagi Kementerian Pembangunan Usahaan dan Koperasi (MADEC) di Dewan Rakyat pada Rabu lalu setelah mendapat pertanyaan daripada Ahli Parlimen Lumut, Hatta Ramli.

“Sebenarnya industri ‘drone dan super drone’ dalam konteks ‘Air Mobility’ ini mempunyai potensi yang tinggi di pasaran tempatan dan antarabangsa di samping untuk ‘urban mobility’ industri ini boleh diaplikasikan ke pelbagai sektor yang lain.

“Air Mobility’ ini juga turut dilengkapi dengan teknologi terkini seprti Artificial Intelligent (AI), Big Data, Mobility dan Internet of Things (IOT) yang kini sedang berkembang pesat terutamanya di peringkat antarabangsa,” katanya.

Sementara itu, menjawab pertanyaan daripada Ahli Parlimen Pasir Mas dari PAS, Ahmad Fadhli Shaari yang merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Dr Noraini Ahmad yang juga Pengerusi PAC pada 28 November tahun lalu bahawa projek kereta terbang sebelum ini menerima suntikan dana kerajaan sebanyak RM20 juta.

Wan Junaidi turut menjelaskan bahawa terdapat permohonan untuk RM20 juta, tetapi, bukan untuk apa yang di katakan sebagai “projek kereta terbang” tetapi, untuk research keatas “national car prototype”.

Permohonan peruntukan RM20 juta asalnya dibincang pada majlis pembangunan negara ketika itu untuk prototaip projek kereta nasional baharu (NNCP).

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat