Isu Keluar MN Mainan Musuh, Perpaduan Jadikan UMNO, PAS Kuat – Idris Ahmad

- Advertisement -

CYBERJAYA – Naib Presiden PAS, Senator Ustaz Idris Ahmad menyangkal khabar angin yang bertebaran di media sosial yang mendakwa kononnya PAS bakal keluar daripada Muafakat Nasional (MN).

Memetik laporan Harakahdaily, pemimpin PAS itu menyifatkan khabar angin tersebut sebagai propaganda mainan musuh yang cuba menyusup masuk ke dalam parti gabungan MN untuk memecahbelahkan perpaduan.

Menurutnya lagi, propaganda itu juga bertujuan memenangkan Pakatan Harapan (PH).

“Saya masih lagi terlibat dalam Jawatankuasa Perunding di Peringkat Nasional dan juga Jawatankuasa Teknikal. Jawatankuasa Teknikal ini saya pengerusi dan Dato’ Seri Khalid Nordin (pengerusi) di pihak UMNO.

“Di peringkat jawatankuasa perunding (UMNO) diketuai oleh Dato’ Seri Utama Mohamad Hassan dan PAS pula diketuai oleh Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man.

“Memang baru-baru ni kita mesyuarat… tak ada apa-apa, dan hari ini pun kita mesyuarat lagi,” ujarnya.

Mengulas lanjut mengenai masa depan MN, Idris berkata gabungan itu perlu terus diperkukuhkan kerana ia adalah wadah dua parti teras orang Melayu Islam yang mempunyai sokongan akar umbi yang kukuh.

“PAS juga pernah bersama dengan Parti Melayu, Semangat 46 dan sebagainya zaman dahulu, cuma tidak berapa kuat.

“Tetapi apabila kita wujudkan perpaduan dengan UMNO, kita (MN) jadi kuat sebab UMNO ni dia ada akar umbi dan PAS pun ada akar umbi,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat