Mangsa Kes Memali Syahid atau Tidak, Selepas PAS Kerjasama UMNO, Soal Mat Sabu

543 pekerja Poh Huat positif Covid-19

KUALA LUMPUR - Seramai 543 pekerja syarikat pengeluar perabot Poh Huat Furniture Industries Sdn Bhd (PHFI) dilaporkan positif Covid-19. Susulan itu Poh Huat Furniture akan...

Sengaja Gelapkan Warna Kulit Watak Utama, Video Muzik Penyanyi Malaysia Dikritik Hingga Peringkat Dunia

Sebelum ini, iklan Watson pernah dilanda kontroversi apabila mengetengahkan watak ‘Dayang Senandung’ dalam iklannya. Terbaharu, video muzik oleh penyanyi Malaysia ini pula mencetuskan kontroversi...

Dari Rock Ke Nasyid, Netizen Terhibur Dengan Lagu PKP 2.0 Oleh AG Coco

Jika tahun lalu ada lagu remix ‘Ke Sana Ke Sini’ yang menjad hiburan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tahun 2021 secara tiba-tiba komposer serta...

Tiada sebarang pembikinan siri Harry Potter

Syarikat produksi terkenal Warner Bros menafikan berita mereka sedang menyiapkan siri Harry Potter untuk disiarkan menerusi penstriman HBO Max. Warner Bros dan HBO Max dalam...

Jisoo BLACKPINK suka bahunya ditepuk-tepuk

Jakarta: Anggota BLACKPINK, Jisoo mengakui saat paling manis ketika bersama anggota lain adalah sewaktu bahunya ditepuk-tepuk terutama, ketika dia bersedih. Baginya, tepukan hangat dibahu itu...

KUALA LUMPUR – Presiden Parti Amanah Nasional (Amanah), Mohamad Sabu mahu Pas menyatakan semula kedudukan penyokongnya yang mati dalam tragedi Memali sebagai syahid atau tidak.

Menurutnya, ia perlu kerana Pas sekarang bekerjasama baik dengan UMNO – bekas musuh yang pernah dikafirkan oleh oleh pemimpinnya satu masa dahulu melalui Fatwa Haji Hadi.

“Nak tanya kedudukan mereka terbunuh Memali itu syahid atau tidak? Saidina Hamzah, Jaafar Abi Talib, Sumayyah dulu dan sekarang kita anggap dia syahid. Ini nak tanya Pas syahid atau tidak penduduk Memali yang menentang pemerintah (UMNO) semasa itu?

“Kalau tidak, Pas kena minta maaf kepada umat Islam di Malaysia kerana menimbulkan perpecahan, sekarang ini dia (Pas) dengan UMNO (tunjuk jari tanda bekerjasama),” katanya semasa penggulungan Konvensyen Amanah 2020 yang disiarkan secara langsung hari ini.

Menurut Mohamad, Fatwa Haji Hadi menjadi indoktrinasi selain amalan takfiri (kafir mengkafir) sehingga menyebabkan pertumpahan darah.

Selain itu, Ahli Parlimen Kota Raja itu juga mengandaikan peluang parti Amanah ‘merampas’ Kelantan juga semakin cerah pada PRU-15 memandangkan negeri itu kini mencatatkan jumlah keahliaan yang paling tinggi.

Lagi pun, katanya, ramai rakyat di negeri itu kini dalam keadaan ‘terpinga-pinga’ terutama ahli-ahli Pas selepas pucuk pimpinannya kini berbaik-baik dengan musuh tradisi mereka, UMNO.

Dahulu, katanya, ahli-ahli Pas di Kelantan menyamakan UMNO seperti ‘pengat tahi’ dan tidak boleh makan berbanding Pas sebagai ‘pengat pisang’ namun kini ahli Pas terpaksa makan ‘pengat tahi.’- MalaysiaGazette

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

‘Doakan Saya Masuk Syurga,’ Undang Rasa Sebak Pengerusi PIBG

KUALA LUMPUR - "Doakan saya masuk syurga." Demikian ayat ditinggalkan seorang pemuda yang juga penyumbang dana bagi pembinaan surau di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri...

YBR Tampil Membantu Anak Kehilangan Bapa Akibat Pandemik Covid-19

CYBERJAYA - Kisah sedih seorang anak yang kehilangan bapa akibat pandemik Covid-19 telah menarik perhatian Yayasan Bank Rakyat untuk tampil meringankan beban Mohamad Nor...

Polis Tahan Ahli Armada Bersatu, Rampas 1.5 Kilogram Dadah

KUALA LUMPUR – Seorang ahli biro Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) yang disyaki mengedar dadah yang diproses sendiri di rumah berjaya dicekup oleh polis. Suspek...

Berita Berkaitan

Anwar cabar kuasa Muhyiddin nasihat Agong isytihar darurat, gantung Parlimen

KUALA LUMPUR - Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memulakan tindakan mahkamah untuk mencabar kuasa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menasihati...

Mengarut rebut jawatan PM ketika krisis Covid-19 – Presiden PAS

KUALA LUMPUR – Pada saat ribuan rakyat disahkan positif Covid-19 hari demi hari, namun ada dikalangan politikus yang kalut membilang ahli Parlimen yang menyokong...

Tok Mat Kecam Budaya Desak Presiden UMNO Berundur

KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menentang keras gerakan mendesak pengunduran Presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. “Saya telah...