Umat Islam Diingatkan Bayar Zakat Sebelum Khamis

- Advertisement -

KUANTAN – Pusat Kutipan Zakat (PKZ) Pahang mengingatkan umat Islam di negeri itu yang belum membayar zakat supaya menunaikan tanggungjawab tersebut sebelum Khamis ini, dalam usaha mencapai sasaran kutipan sebanyak RM150 juta bagi tahun ini.

Pengurus Besar Kanan PKZ Pahang Datuk Halidan Md Daud berkata sehingga semalam pihaknya telah memungut zakat berjumlah RM147 juta membabitkan 88,407 pembayar.

“Masih berbaki dua hari sebelum tahun baharu dan saya harap umat Islam akan mengambil kesempatan yang ada untuk membayar zakat,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Kupon Program ‘Back To School’ oleh QSR Brands (M) Holdings Bhd (QSR Brands) di sini, hari ini.

Mengulas mengenai program dengan kerjasama QSR Brands itu, beliau berkata seramai 625 anak yatim dan murid miskin di negeri Pahang akan menerima bantuan melibatkan sumbangan bernilai RM93,750.

Halidan berkata, menerusi program itu seramai 509 murid dan 116 anak yatim akan diberikan kupon bernilai RM150 yang boleh digunakan di cawangan Pasaraya Sakan sekitar negeri ini.

“Kami telah mula agihkan kupon ini kepada murid yang layak dan mereka bukan sahaja boleh membeli kelengkapan sekolah tetapi barangan keperluan rumah lain seperti bantal dan selimut.

“Kami akan agihkan bantuan ini selewat-lewatnya sebelum sesi persekolahan bermula pada 20 Jan dan kupon itu boleh digunakan sehingga 28 Feb depan,” katanya.

– BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat