Masa PH Perintah Kita Berlembut Rasuah Puak Kita, Hanya Lantang Kritik UMNO – Anwar

- Advertisement -

SHAH ALAM – Anwar Ibrahim membidas pemimpin Pakatan Harapan hanya lantang mengkritik pentadbiran Barisan Nasional berhubung isu 1MDB dan rasuah membabitkan pemimpin UMNO, tetapi berlembut apabila melibatkan pemimpin gabungan itu.

Pengerusi PH itu turut mengakui gabungan terbabit gagal menunjukkan ia mampu membanteras rasuah sepanjang 22 bulan mentadbir Putrajaya di bawah kepimpinan Dr Mahathir Mohamad.

“Pada 2018, kita berjaya (bentuk kerajaan), tetapi kita kurang berjaya membawa perubahan. PH tidak mampu mempamerkan kepada rakyat bahawa kita sebenarnya mewakili kelompok yang mahu dan inginkan pembaharuan, termasuk membanteras rasuah.

“Ya, kita keras dalam isu rasuah, isu 1MDB, rasuah dalam kalangan pemimpin UMNO, tapi kita banyak tolak ansur dengan rasuah dalam kalangan puak-puak kita, di antaranya menjadi pengkhianat besar. Ini yang menyebabkan saya katakan kita hilang paksi perjuangan,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Buku 100 Esei Seni dan Sastera Era Reformasi 2008.

Anwar berkata, perubahan perlu dilakukan secara besar-besaran bagi meyakinkan rakyat yang PH mampu mentadbir lebih baik berbanding pentadbiran sebelumnya.

“Kadang-kadang bincang soal reformasi dan perubahan, (kita) sibuk untuk mengambil alih kuasa, tetapi tidak mewakili pandangan baharu dari segi perubahan.

“Ketika kita menjadi kerajaan, maka harus diperlihat satu sikap berbeza. Kalau program kita semua hampir sama (dengan pentadbiran terdahulu), cuma baik sikit, kalau rasuah kurang sikit berlaku, kalau tolong rakyat lebih sikit, ini bukan reformasi.

“Sepatutnya kita letakkan satu asas lebih baik, tapi ini tidak langsung memperlihatkan semangat dan keupayaan reformasi, ini yang menyebabkan rakyat kecewa.” – FMT

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat