Misi Murni ke tanah suci

- Advertisement -

PENULARAN wabak Covid-19 memberi impak besar kepada sosioekonomi masyarakat Malaysia. Namun, musibah pandemik ini juga mengajar kita untuk lebih menghargai masa dan keluarga tercinta.

Bagi memanfaatkan masa berkualiti bersama keluarga di rumah sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 ini, TV AlHijrah tampil dengan slot drama baharu dikenali sebagai Slot Qalbu.

Slot Qalbu bakal menyiarkan drama bersiri baharu, menarik dan memberi nilai tambah kepada kehidupan seharian penonton. Drama ini disiarkan setiap Isnin dan Selasa, jam 6 petang.

Sebagai permulaan, drama Bujang Haji yang ditayangkan sejak 8 Jun lalu dan mempunyai 13 episod.

Menariknya, karya arahan Isqandar Jebat di bawah produksi Hujan Lebat Sdn Bhd itu adalah antara drama yang diterbit dan disiarkan dengan Kerjasama Dana Pembangunan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).

Inisiatif dana ini ditawarkan bagi membantu syarikat produksi filem dan TV tempatan untuk menerbitkan karya bagi slot khas di platform televisyen dan melahirkan projek industri kreatif yang berkualiti tinggi serta mampu menembusi pasaran antarabangsa.

Di samping itu juga, dana ini berupaya menjana semula ekonomi industri kreatif tanah air yang terkesan akibat penularan wabak Covid-19.

Drama Bujang Haji dibintangi oleh pelakon seperti Chiwan Chilok, Din Latah, Jalil Hamid, Aliff Yasraf, Kartina Aziz, Fathil Dani, Rosnah Mat Aris, Hamdan Senario, Norlia Ghani, Sharifah Nur Anthasha, Mazlan Abdullah, Ramah Harun serta penampilan istimewa, Nasha Aziz.

Bujang Haji mengisahkan tiga sahabat bujang iaitu Yus (Aliff Yasraf), Adi (Chiwan Chilok) dan Ucop (Din Latah) yang bekerja sebagai penjual ikan segar di pasar harian. Rutin kehidupan mereka adalah rutin biasa seperti dilalui anak muda setempat yang lain.

Namun, semuanya berubah apabila Haji Isa datang ke gerai mereka untuk membeli ikan. Haji Isa mahu mengadakan kenduri doa selamat dengan menjamu laksa kepada orang kampung sebagai tanda syukur dia terpilih untuk melaksanakan ibadah haji.

Bermula detik itu, Yus, Adi dan Ucup seperti terpanggil dan mendapat semangat baharu untuk mahu turut sama ke Mekah melaksanakan rukun Islam kelima itu. Mereka semakin sibuk mempersiapkan diri dengan ilmu d

an bekalan kewangan yang cukup supaya urusan haji dibuat berjalan lancar.

Ketiga-tiga mereka bekerja keras untuk mencapai misi murni yang diimpikan itu. Pelbagai peristiwa berlaku apabila masing-masing saling berlumba-lumba menunjukkan kesungguhan dan semangat mereka untuk menunaikan haji. Antara yang memeningkan, pastinya konflik percintaan.

Yus, Adi dan Ucop tersepit antara niat suci mereka ke Mekah dan melayan kehendak kekasih masing-masing.

Kekasih Yus, Adi dan Ucop sibuk mengajak mereka untuk mencari kelengkapan persiapan Aidiladha sedangkan mereka sudah kesuntukan masa untuk melaksanakan persiapan akhir ke Mekah.

Namun, tiga sahabat ini mengatur strategi supaya niat mereka untuk menunaikan ibadah haji terlaksana, selain kisah percintaan mereka juga tidak terganggu dengan sebarang masalah. Yus, Adi dan Ucup mengambil langkah drastik untuk melangsungkan perkahwinan sebelum mereka berangkat ke Mekah.

Bagaimanakah pengakhiran kisah tiga sahabat ini? Dapatkah mereka menunaikan haji dengan status baharu iaitu sebagai suami mithali dan sangat menyayangi isteri.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat