Jet Tempur Canggih F-22 Terhempas, Juruterbang Sempat Melenting Keluar

- Advertisement -

FLORIDA:Sebuah jet tempur F-22 Raptor milik Tentera Udara AS, antara tercanggih di dunia dengan keupayaan halimunan, terhempas dalam satu sesi latihan rutin di pengkalan udara Eglin, Florida.

Juruterbang pesawat berharga $143 juta sebuah itu bagaimanapun sempat melenting keluar dan sekarang berada dalam keadaan stabil di hospital pengkalan udara berkenaan, lapor CNN.

Kemalangan melibatkan jet pejuang F-22 adalah sangat jarang berlaku kerana teknologinya yang canggih. Tahun lepas, sebuah pesawat jenis tersebut rosak apabila terpaksa membuat pendaratan kecemasan secara ‘belly landing’ setelah juruterbangnya gagal berlepas akibat menaikkan gear pendaratan terlalu awal.

Dengan hanya 183 buah sahaja masih berada dalam inventori USAF, kemalangan ini memberi kesan besar ke atas keupayaan operasi pesawat jenis itu di negara tersebut dan Medan operasi luar yang melibatkan penggunaan pesawat jenis sama seperti di Jepun Dan Afghanistan. .

Pengeluaran pesawat tersebut telah ditamatkan pada tahun 2011 kerana USAF ingin memberi fokus kepada pengeluaran jet pejuang F-35. Ditambah dengan ketiadaan pelanggan eksport berikutan satu undang- undang negara itu yang melarang teknologinya dari dieksport keluar, kehilangan ini adalah kekal dan signifikan.

-SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat