HONOR Magic V6 dilancarkan di Malaysia, Muncul sebagai raja baru telefon boleh lipat Premium

Pasaran telefon pintar premium di Malaysia terus rancak dengan kemunculan pelbagai inovasi baru, namun pelancaran HONOR Magic V6 dilihat membawa sesuatu yang berbeza. Bukan sekadar hadir sebagai sebuah telefon boleh lipat premium, HONOR Magic V6 tampil dengan pelbagai penambahbaikan yang menjadikannya antara peranti paling menarik untuk diperhatikan tahun ini.

Dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada pada hari ini, HONOR Magic V6 membawa visi baru dalam dunia telefon boleh lipat dengan menggabungkan rekaan ultra nipis, ketahanan bertaraf industri, prestasi kelas mercu serta keupayaan integrasi rentas ekosistem Apple yang belum pernah ditawarkan sebelum ini. Ditawarkan pada harga bermula RM7,699, peranti ini menyasarkan pengguna profesional, pencipta kandungan dan mereka yang mencari pengalaman premium tanpa kompromi.

Apa yang paling mencuri perhatian ialah kejayaan HONOR Magic V6 mencipta rekod baru menerusi ketahanan strukturnya yang luar biasa. Telefon boleh lipat ini berjaya meraih pengiktirafan ASEAN Records dan ASIA Records selepas berjaya menunda sebuah pesawat seberat 1.25 tan, sekali gus membuktikan kekuatan luar biasa yang dimiliki oleh engselnya. Pencapaian ini bukan sahaja menjadi satu demonstrasi teknologi, malah mengukuhkan keyakinan pengguna bahawa telefon boleh lipat kini mampu menawarkan ketahanan yang setanding dengan telefon pintar konvensional.

Di sebalik rekaannya yang hanya setebal 8.75mm ketika dilipat dan 4.0mm apabila dibuka, HONOR Magic V6 menggunakan Engsel Keluli Super HONOR yang mempunyai kekuatan tegangan sehingga 2,800 MPa. Kekuatan ini membolehkan peranti tersebut melalui sehingga 500,000 kali lipatan, bersamaan lebih 13 tahun penggunaan harian.

Ketahanan turut dipertingkatkan menerusi penggunaan teknologi paparan baru yang dikenali sebagai HONOR Magic Diamond Screen. Paparan luar dilindungi oleh HONOR Anti-Scratch NanoCrystal Shield yang direka untuk meningkatkan rintangan terhadap calar dan hentakan, manakala paparan dalaman pula menggunakan lapisan Ultra-Tough Glass yang membantu mengurangkan kesan lipatan sehingga hampir tidak kelihatan. Hasilnya, pengguna dapat menikmati pengalaman visual yang lebih lancar dan premium setiap kali membuka peranti tersebut.

Menariknya, HONOR Magic V6 juga menjadi antara telefon boleh lipat pertama yang menawarkan perlindungan IP68 dan IP69 secara serentak. Ini bermakna ia bukan sahaja tahan terhadap habuk dan air, malah mampu bertahan dalam situasi yang melibatkan semburan air bertekanan tinggi. Ciri ini sekali lagi menunjukkan kesungguhan HONOR dalam menjadikan telefon boleh lipat sebagai peranti yang benar-benar praktikal untuk kegunaan harian.

Salah satu ciri yang dijangka menjadi perhatian ramai pengguna ialah keupayaan integrasi rentas ekosistem Apple yang diperkenalkan menerusi HONOR Magic V6. Jika sebelum ini pengguna Android dan Apple sering berdepan kekangan dalam perkongsian fail atau tugasan antara peranti, HONOR kini menawarkan penyelesaian yang lebih lancar melalui HONOR Connect dan HONOR WorkStation.

Kelviar Case Red

Melalui sistem ini, pengguna boleh memindahkan fail antara HONOR Magic V6 dan iPhone, mengakses fail daripada MacBook, menggunakan telefon sebagai paparan tambahan untuk komputer riba Apple serta berkongsi notifikasi antara peranti dengan lebih mudah. Malah, pemindahan fail sehingga 1GB boleh dilakukan dalam masa hanya 25 saat menerusi fungsi One Tap Share. Pendekatan ini menjadikan HONOR Magic V6 sebagai pilihan menarik untuk mereka yang menggunakan gabungan peranti Android dan Apple dalam kehidupan seharian.

Dari sudut produktiviti, HONOR Magic V6 menawarkan pengalaman yang lebih hampir kepada sebuah komputer riba. Dengan sistem Multi-Flex, pengguna boleh membuka sehingga tiga aplikasi secara serentak pada satu skrin. Sama ada menonton video, membalas mesej dan membuat pembelian dalam talian pada masa yang sama, atau mengendalikan tugasan kerja seperti penyelidikan, e-mel dan pembentangan serentak, semuanya boleh dilakukan dengan lebih mudah menerusi paparan besar yang fleksibel.

HONOR turut mengintegrasikan teknologi kecerdasan buatan yang lebih pintar melalui ciri Fast-Flex. Dengan hanya melipat telefon pada sudut tertentu, pengguna boleh terus mengaktifkan Gemini untuk membantu pelbagai tugasan seperti merancang perjalanan, menyediakan jadual harian atau mendapatkan maklumat dengan lebih pantas. Sebagai nilai tambah, pembeli turut menerima langganan Google AI Pro selama tiga bulan secara percuma yang disertakan dengan storan awan sehingga 5TB.

Dari aspek prestasi, HONOR Magic V6 menjadi telefon boleh lipat pertama yang menggunakan Snapdragon 8 Elite Gen 5 Mobile Platform. Cip pemproses terkini ini menawarkan peningkatan prestasi yang ketara untuk permainan mudah alih, kerja berintensiti tinggi dan penggunaan pelbagai aplikasi secara serentak tanpa gangguan.

Satu lagi kelebihan yang membezakan HONOR Magic V6 daripada pesaingnya ialah kapasiti bateri yang sangat besar. Peranti ini dilengkapi bateri silikon karbon berkapasiti 6,660mAh, menjadikannya antara bateri terbesar pernah digunakan dalam telefon boleh lipat. Dengan kapasiti sebesar itu, pengguna boleh menikmati tempoh penggunaan yang lebih panjang sama ada untuk bekerja, menonton kandungan hiburan atau bermain permainan mudah alih.

Bagi memastikan pengalaman penggunaan kekal lancar, HONOR turut melengkapkan peranti ini dengan pengecasan pantas 80W HONOR SuperCharge serta pengecasan tanpa wayar 66W. Ia juga menyokong pengecasan berbalik tanpa wayar untuk mengecas peranti lain apabila diperlukan.

Dalam aspek fotografi pula, HONOR Magic V6 tampil dengan sistem kamera yang mengagumkan. Kamera telefoto 64MP yang digunakan hadir bersama teknologi penstabilan imej CIPA 6.5, membolehkan pengguna merakam gambar jarak jauh dengan lebih jelas dan stabil. Teknologi Portrait Engine yang dipertingkatkan turut membantu menghasilkan gambar potret yang lebih semula jadi dan terperinci walaupun dalam keadaan pencahayaan yang mencabar.

HONOR turut memperkenalkan ciri Magic Pose yang menggunakan kecerdasan buatan bagi membantu pengguna mendapatkan gaya terbaik ketika mengambil gambar. Ciri ini memberikan cadangan pose secara masa nyata untuk menghasilkan potret yang lebih menarik dan profesional.

Paparan HONOR Magic V6 juga menerima tujuh pensijilan antarabangsa yang merangkumi aspek ketahanan, keselamatan mata, rintangan habuk dan air serta prestasi lipatan. Dengan kecerahan puncak sehingga 6,000 nits pada paparan luar dan 5,000 nits pada paparan dalaman, pengguna masih boleh melihat kandungan dengan jelas walaupun berada di bawah cahaya matahari yang terang.

HONOR Magic V6 hadir dalam empat pilihan warna premium iaitu Ferghana Red, Sunrise Gold, Ivory White dan Classic Black. Peranti ini ditawarkan dalam dua pilihan storan iaitu RAM 16GB bersama ROM 512GB pada harga RM7,699 serta RAM 16GB bersama ROM 1TB pada harga RM8,899.

Bagi mereka yang berminat, tempoh pra-tempahan kini dibuka sehingga 11 Jun 2026. Setiap pembelian sepanjang tempoh ini akan menerima pelbagai hadiah eksklusif bernilai sehingga RM3,797 termasuk sebuah Skyworth Google TV 43 inci, pelan Jaminan Kualiti Tanpa Risau selama dua tahun serta Perlindungan Skrin Retak Tanpa Risau selama setahun.

Dengan gabungan rekaan ultra nipis, ketahanan yang memecahkan rekod, prestasi mercu dan integrasi ekosistem Apple yang lebih menyeluruh, HONOR Magic V6 bukan sekadar sebuah telefon boleh lipat baharu. Ia merupakan manifestasi bagaimana teknologi masa depan boleh hadir dalam bentuk yang lebih praktikal, tahan lasak dan mesra pengguna, sekali gus meletakkan HONOR dalam kedudukan yang semakin kukuh dalam persaingan segmen premium global.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat