PUO lakar sejarah dominasi Anugerah PDTI 2025, bukti kualiti TVET Digital diakui industri

Oleh Zihan Zari

KUALA LUMPUR – Politeknik Ungku Omar (PUO) melakar sejarah emas apabila berjaya mengungguli dan mendominasi pelbagai kategori utama dalam Premier Digital Tech Institutions (PDTI) Outstanding Award 2025 di Ant International, The Exchange 106, Tun Razak Exchange (TRX), dekat sini baru-baru ini.

Kejayaan ini mengukuhkan kedudukannya sebagai institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) perdana dalam melahirkan bakat digital yang kompetitif di peringkat kebangsaan.

PDTI Outstanding Award 2025 dianjurkan oleh Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) merupakan pengiktirafan tertinggi buat institusi pengajian tinggi yang menunjukkan kecemerlangan luar biasa dalam memperkasa ekosistem pendidikan digital, inovasi, dan pembangunan bakat teknologi negara.

Pengarah PUO, Dr. Hjh. Salmi Che Meh, menzahirkan rasa bangga dan syabas atas pencapaian luar biasa ini. Kejayaan ini sebagai bukti bahawa warga PUO memiliki daya saing yang tinggi di peringkat nasional.

“Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada seluruh warga Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK) serta para pemenang. Kejayaan ini bukan sekadar satu kemenangan, tetapi manifestasi kecemerlangan budaya kerja di PUO.

“Ia membuktikan bahawa kita berada di landasan yang betul dalam melahirkan bakat digital yang memenuhi piawaian industri global.

“Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga Politeknik untuk terus memacu kecemerlangan dalam bidang masing-masing demi memartabatkan nama PUO sebagai Apex Polytechnic, ”katanya.

Sementara itu, Ketua JTMK PUO, Ts. Ainie Hayati Noruzman meluahkan rasa terharu dan syukur atas pengiktirafan yang diberikan kepada jabatan dan pasukannya.

“Alhamdulillah atas kejayaan ini, hasil komitmen dan kerja berpasukan seluruh warga JTMK. Pengiktirafan ini membuktikan budaya inovasi kita selaras dengan keperluan industri semasa.

“Terima kasih atas sokongan semua pihak, semoga pencapaian ini membakar semangat kita untuk terus memartabatkan kecemerlangan TVET digital di persada negara, ”tambahnya.

Majlis penganugerahan tersebut telah disempurnakan oleh Pengurus Kanan (Bakat Digital), Jabatan Bakat Digital dan Keusahawanan MDEC, Nik Hishamuddin Nik Mohd Yusof.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah (Governan), Jabatan Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti (JPPKK), Ts. Abdul Razak Sabtu; Ketua Seksyen Teknologi, Bahagian Kurikulum JPPKK, Ts. Dr. Raudyah Md.Tap; dan Timbalan Pengarah, Unit Kolaborasi, Bahagian Kolaborasi Industri JPPKK, Ts. Jason Choy Min Sheng.

Pencapaian dalam PDTI Outstanding Award 2025 ini secara tidak langsung mengukuhkan peranan PUO dalam menyokong agenda Malaysia MADANI melalui transformasi TVET yang berkualiti tinggi.

Senarai Pencapaian Cemerlang PUO:· Best Outstanding Department (Polytechnic): Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (RM5,000) · Best Outstanding Tech Club: Kelab Teknologi Digital (RM3,000) · Best Outstanding Faculty Member: Ts. Mazlina Md. Mustaffa (RM3,000) · Second Place Outstanding Student: Muhammad Akmal Harith Alias (RM1,000)

PDTI Outstanding Awards merupakan anugerah tahunan yang mengiktiraf institusi dan individu yang menunjukkan kecemerlangan serta sumbangan signifikan dalam landskap teknologi digital negara.

Sejak diperkenalkan pada tahun 2017, inisiatif PDTI yang diterajui oleh MDEC dengan sokongan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memainkan peranan penting dalam melahirkan bakat digital dan memperkukuhkan inovasi industri teknologi tempatan. -SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat