Jangan Ziarah Bekas Pesakit Covid-19 Dalam Kuarantin Di Hari Raya – KP Kesihatan

Anwar Tolak Parti Pejuang, Takkan Saya Nak Sokong Dia? – Mahathir

LANGKAWI - Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu membuktikan dakwaan beliau mempunyai sokongan majoriti Ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan kerana pengumumannya itu boleh...

Penafian Ahli Parlimen UMNO Bukti Anwar Terdesak & Kemaruk Kuasa – Azmin

KOTA KINABALU - Dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa beliau menerima sokongan 'kukuh dan meyakinkan' daripada ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan adalah tindakan orang...

Ku Nan Menteri Industri Utama, Cuma Angan-angan Anwar

KOTA KINABALU- Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menafikan spekulasi dirinya bakal menjawat Menteri Industri Utama dalam Kabinet pimpinan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar...

111 Jangkitan Covid-19 Termasuk 97 Kes Di Sabah – KKM

PUTRAJAYA – Sebanyak 111 kes dilaporkan hari ini termasuk di Kluster Orkim yang dikenal pasti di Johor menjadikan jumlah kes positif sebanyak 10,687 kes. Ketua...

Arahan Penutupan Selepas Pendaki Positif Covid-19 Daki Gunung Kinabalu

KOTA KINABALU - Gunung Kinabalu dan kawasan Taman Kinabalu, ditutup bermula hari ini hingga 8 Oktober untuk proses nyah kuman. Setiausaha Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan...

KUALA LUMPUR – Orang ramai yang mempunyai kenalan dengan bekas pesakit COVID-19 perlu memberi ruang kepada mereka untuk menjalani kuarantin selama 14 hari demi menjamin keselamatan bersama terutamanya menjelang perayaan Aidilfitri tidak lama lagi.

Ia susulan saranan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah kepada pesakit COVID-19 yang sudah discaj dari hospital tidak digalakkan menerima pelawat ketika menjalani kuarantin di rumah.

Setakat ini jumlah kes positif secara keseluruhan adalah 6,941 dan daripada jumlah itu sebanyak 5,615 kes telah sembuh dan discaj dari wad atau bersamaan dengan 80.9 peratus.

Tambahan pula sejak Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan pada 4 Mei lalu, kes positif COVID-19 secara harian mencatatkan pada paras dua angka, justeru bagi mengekalkan trend tersebut Dr Noor Hisham menyeru masyarakat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Dalam pada itu, masyarakat juga disaran menyambut Aidilfitri pada kali ini secara luar dari kelaziman iaitu termasuk tiada amalan menziarahi kubur pada musim perayaan ini, tiada rumah terbuka kerana virus maut itu masih ‘berlegar’ dalam komuniti.

Tinjauan Majlis Keselamatan Negara (MKN) juga mendapati 74 peratus masyarakat hanya mahu beraya dengan ahli keluarga di rumah, tanpa perlu menerima tetamu daripada anggota keluarga lain mahupun jiran dan perkembangan itu disambut baik Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Dalam pada itu, bagi melindungi kanak-kanak dan warga emas daripada jangkitan virus tersebut, KKM akan berbincang dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini bagi mempertimbangkan pelaksanaan larangan membawa golongan tersebut ke tempat awam seperti pusat beli-belah.

Ismail Sabri juga mengingatkan masyarakat yang berkunjung ke premis perniagaan supaya menulis nama dan juga nombor telefon sebenar dan bukannya nama samaran seperti Badang, Superman dan Batman kerana ini akan dapat menyelamatkan mereka kelak untuk dihubungi sekiranya disyaki dijangkiti pandemik maut itu.

Kerajaan meletakkan beberapa arahan untuk dipatuhi demi menjaga keselamatan semua, jadi sebagai rakyat prihatin, usahlah kita membebani tugas petugas hadapan dengan peningkatan kes positif akibat daripada sikap pentingkan diri dengan melanggar SOP yang ditetapkan. – BERNAMA

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Haramkan Sekolah Tahfiz Kalau Mahu Arak Diharamkan Kata Siti Kassim

Kuala Lumpur - Peguam Siti Zabedah Kasim menyelar cadangan Pas untuk mengantung penjualan arak ekoran peningkatan kes yang melibatkan pemandu mabuk. Dia yang lebih dikenali...

Seorang Menteri Umum Letak Jawatan Petang Ini

Kuala Lumpur - Seorang menteri dijangka bakal mengumumkan meletak jawatan petang ini. Menurut sumber yang menghubungi SuaraTV sebentar tadi satu sidang akhbar akan diadakan bagi...

Berita Berkaitan

111 Jangkitan Covid-19 Termasuk 97 Kes Di Sabah – KKM

PUTRAJAYA – Sebanyak 111 kes dilaporkan hari ini termasuk di Kluster Orkim yang dikenal pasti di Johor menjadikan jumlah kes positif sebanyak 10,687 kes. Ketua...

Arahan Penutupan Selepas Pendaki Positif Covid-19 Daki Gunung Kinabalu

KOTA KINABALU - Gunung Kinabalu dan kawasan Taman Kinabalu, ditutup bermula hari ini hingga 8 Oktober untuk proses nyah kuman. Setiausaha Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan...

Warisan Janji Beri 5 Ekar Tanah Berita Palsu

KOTA KINABALU: Pejabat Ketua Menteri menafikan mesej tular yang menyatakan Warisan akan memberi lima ekar tanah kepada setiap keluarga, jika parti itu menang Pilihan...