MA63: Bukti GPS lindungi hak Sarawak

- Advertisement -

SARATOK: Kelulusan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) di Dewan Rakyat kelmarin membuktikan Gabungan Parti Sarawak (GPS) melindungi hak orang Sarawak.

Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, kelulusan itu juga me­nunjukkan bahawa hak orang Sarawak dapat dipertahankan mengikut lunas undang-undang, tanpa membuat tuntutan melampau seperti menuntut kemerdekaan.

“Menteri kita dari GPS, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar membawa pindaan MA63 ke Parlimen dan Parlimen luluskan hak kita dalam Perlembagaan. Ini bermakna hak Sarawak dapat dipertahankan.

“Kita tidak laungkan merdeka atau keluar sahaja (tuntut Sarawak keluar dari Malaysia), tapi kita ikut undang-undang. Kita bersyukur pada kerajaan kita, pindaan undang-undang ini diluluskan. Ini menunjukkan hak Sarawak dilindungi GPS melalui undang-undang,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam majlis penyerahan Warta Rizab Komunal Bumiputera Seksyen 6 Kanun Tanah Negeri (KTN) di Dewan Serbaguna Ladang Kelapa Sawit Roban Selatan di Krian, Saratok.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada ahli-ahli Parlimen yang menyokong pindaan RUU MA63.

“Ini menjelaskan Perjanjian Malaysia dalam definisi persekutuan iaitu selain daripada Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957, dimasukkan juga MA63, laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC). Maka ia menjadi sebahagian kandungan Perlembagaan Malaysia.

“Dengan kelulusan ini, saya yakin keluhuran undang-undang ini terjaga. Bagi GPS, ini adalah salah satu perjuangan kita dalam mempertahankan hak Sarawak,” katanya. –

-UTUSAN

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat