Sabah perlu kembalikan status Yang Dipertua Negara

- Advertisement -

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri perlu mengambil langkah untuk melakukan pindaan Perlembagaan Negeri Sabah untuk mengembalikan status Yang Dipertua Negeri kepada Yang DiPertua Negara.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Dr. Jeffrey Kitingan berkata, langkah itu penting kerana ia dapat menaikkan semula kedudukan Sabah sebagai sebuah negara.

Beliau berkata, langkah awal sudah diambil bagi meminda Fasal 2 Perkara 1 Perlembagaan Persekutuan bagi mengembalikan semula status asal Sabah dan Sarawak dalam Persekutuan Malaysia.

“Maka, kita perlu tanamkan dalam minda rakyat tentang status sebenar Sabah dan Sarawak dalam Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Ahli Parlimen Keningau berkata, langkah itu juga dapat mengembalikan semula perkataan asal Ketua Negeri Sabah yang dahulunya dikenali sebagai Yang DiPertua Negara.

Di samping itu, kerajaan pimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) juga akan terus berjuang mengembalikan semula autonomi Sabah sepenuhnya terutama dalam bidang pendidikan dan kesihatan.

Katanya, selain pindaan Fasal 2 Perkara, pindaan turut dilakukan bagi Fasal 2 Perkara 160 yang mentakrifkan persekutuan sebagai persekutuan seperti yang termaktub dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957.

“Sabah dan Sarawak bukan sebahagian daripada perjanjian tersebut. Takrifan ini perlu diperbetulkan kerana apabila perkataan persekutuan digunakan dalam Perlembagaan Persekutuan, ia hanya merujuk kepada negeri-negeri di Semenanjung.

“Justeru, pindaan perlu dibuat untuk terjemahkan Persekutuan sebagai Persekutuan menurut MA63 bagi mengelakkan Tanah Melayu terus dianggap sebagai Malaysia,” katanya.

-UTUSAN ONLINE

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat