Situasi bubar DUN Johor, Negeri Sembilan beza, tapi kedua-dua berpunca tindakan BN – DAP

KUALA LUMPUR – Naib Pengerusi DAP Johor Sheikh Omar Ali mendakwa Barisan Nasional (BN) menjadi punca kepada pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) di Johor dan Negeri Sembilan namun dengan matlamat berbeza.

Menurut Sheikh Omar, dalam situasi itu, pembubaran DUN dan usaha mengembalikan mandat kepada rakyat merupakan pilihan terpaksa diambil bagi menyelesaikan kemelut politik dan membentuk semula kerajaan yang legit menerusi sokongan jelas di DUN.

“Orang tanya saya – Datuk Onn Hafiz Ghazi bubar DUN Johor, Datuk Seri Aminuddin Harun bubar DUN Negeri Sembilan. Apa bezanya? Respon saya, walaupun pembubaran DUN Negeri Sembilan (hari ini) dan DUN Johor (1 Jun yang lalu) nampak macam sama, tapi sebenarnya ada latar belakang isu yang berbeza.

“Negeri Sembilan pembubaran DUN berlaku selepas usaha BN menjatuhkan kerajaan sedia ada melalui percaturan politik disebut sebut sebagai ‘tebuk atap’ menemui jalan buntu. Kegagalan tersebut mewujudkan keadaan ‘minority government’ yang menjejaskan kestabilan pentadbiran negeri.

“Dalam situasi itu, pembubaran DUN dan usaha mengembalikan mandat kepada rakyat merupakan pilihan terpaksa diambil bagi menyelesaikan kemelut politik dan membentuk semula kerajaan yang legit menerusi sokongan jelas di Dewan.

“Johor pembubaran DUN bukan disebabkan kerajaan hilang majoriti atau berdepan krisis. Sebaliknya didorong oleh hasrat BN untuk bertanding solo di kesemua 56 kerusi. Matlamat mereka untuk menjadi satu-satunya parti yang mendominasi kerajaan,” katanya dalam hantaran di Facebook pada Jumaat.

Sheikh Omar menambah, keputusan tersebut dibuat ketika negara sedang berhadapan cabaran ekonomi.

“Malah pilihan untuk mengadakan PRN secara berasingan daripada PRU pasti akan mengakibatkan belanja besar. Maka timbul persoalan mengenai keutamaan sebenar di sebalik pembubaran tersebut.

“Ringkasnya Negeri Sembilan dibubarkan kerana krisis politik yang berpunca daripada percaturan BN sehingga kerajaan menjadi minoriti. Manakala Johor dibubar pula berpunca cita-cita politik BN untuk mengukuhkan dominasi politiknya walaupun tanpa keperluan mendesak dari sudut kestabilan kerajaan negeri.

“Jadi, memang ada beza, namun yang sama ialah kedua-duanya berpunca daripada tindakan BN di negeri masing-masing,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat