Lima RUU ditangguh, cuma RUU kawalan penyakit berjangkit dibentang hari ini

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Dewan Rakyat hari ini menangguhkan lima Rang Undang-Undang (RUU) yang dijadual dibentangkan bagi bacaan kali kedua dan ketiga hari ini pada mesyuarat akan datang,” perkara itu dimaklumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Jelas beliau, RUU yang ditunda itu ialah RUU Kerja (Pindaan) 2021; RUU Kawalan Bekalan (Pindaan) 2021; RUU Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah (Pindaan) 2021.

Selain itu katanya, dua lagi membabitkan RUU Antigangguan Seksual 2021 dan Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis 2020.

“Menurut peraturan mesyuarat 62, saya memohon RUU seperti tertera di nombor tiga hingga tujuh dalam aturan urusan mesyuarat dan usul-usul hari ini bagi bacaan kali kedua dan ketiga ditangguhkan pada mesyuarat akan datang,” katanya di Dewan Rakyat pada Khamis.

Berdasarkan aturan urusan mesyuarat dan usul-usul hari ini, terdapat keseluruhan tujuh RUU yang dijadual dibentangkan pada sesi Dewan Rakyat hari ini.

Dua lagi RUU yang akan dibentangkan seperti yang dijadualkan ialah RUU Langkah-Langkah Sementara bagi Mengurangkan Kesan Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) (Pindaan) 2021 dan RUU Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan) 2021.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat