Kalau ada perubahan, MKT akan bincang semula status MoU dengan pembangkang – PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang tidak mahu melanjutkan Memorandum Persefahaman (MoU) antara Kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan (PH) akan dinilai semula sekiranya berlaku sebarang perubahan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberitahu MoU antara kerajaan dan pembangkang itu akan tamat pada 31 Julai ini dan MKT membuat ketetapan untuk tidak meneruskan lagi kerjasama itu namun, ia bergantung kepada situasi semasa selepas tarikh tersebut.

“Semalam keputusan dah buat iaitu sampai 31 Julai, kita akan tunggu sampai 31 Julai dan setakat semalam MKT mengatakan bahawa tidak perlu sambung MoU ini.

“Jadi itu keputusan setakat hari ini, jadi apa-apa pun kita tunggu selepas 31 Julai. Itu keputusan MKT,” kata Perdana Menteri di Putrajaya pada Jumaat.

Selaku Naib Presiden UMNO, Ismail Sabri berkata lazimnya kerajaan akan bertindak selaras dengan keputusan MKT namun masa depan tidak boleh dijangka.

Biasanya keputusan MKT itu perlu diikuti, katanya.

“Walau bagaimanapun mungkin bulan Julai ini berlaku macam-macam yang memerlukan perubahan.

“Apa-apa (perubahan) saya perlu bawa kepada MKT semula.

“Itu (tak lanjut) keputusan MKT, saya sebagai Naib Presiden UMNO tentu saja tertakluk kepada keputusan yang dibuat oleh MKT. Sekarang masih lagi bulan April, jadi kita tunggulah kalau tak ada apa-apa keputusan itu kita laksanakan dan kalau ada apa-apa MKT akan bincang,” ulas Perdana Menteri.

Malam tadi MKT UMNO menyatakan kedudukan MoU antara Kerajaan Persekutuan dengan PH yang berakhir 31 Julai 2022 diputuskan tidak akan diteruskan lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat