Permohonan Program Geran Kecil dibuka kepada ahli MMM

Oleh Zihan Zari

PETALING JAYA – Majlis Media Malaysia (MMM) telah membuka permohonan bagi Program Geran Kecil MMM, satu inisiatif khusus untuk ahlinya bagi menyokong projek pembangunan media secara praktikal.

MMM dalam kenyataan berkata program ini terbuka secara eksklusif kepada ahlinya dan menyokong projek yang memperkukuh kewartawanan beretika, literasi media, pelaporan kepentingan awam, kapasiti bilik berita, keselamatan wartawan, pembangunan profesional dan kelestarian media.

“Di bawah pelaksanaan rintis ini, MMM menawarkan Geran Mikro berjumlah RM3,000 hingga RM5,000 dan Geran Kecil berjumlah RM5,001 hingga RM10,000.

“Selain itu, tiada geran di bawah pusingan ini melebihi RM10,000 dan syarat permohonan dan borang permohonan rasmi boleh diakses melalui portal Geran, Biasiswa, & Latihan MMM, ”kata kenyataan itu.

Katanya, program ini dilaksanakan melalui proses berstruktur yang merangkumi promosi skim dan keutamaan jawatankuasa, penerimaan dan semakan wajar permohonan, kelulusan atau semakan semula, pemeteraian perjanjian, pemantauan dan pematuhan, serta pelaporan akhir dan penutupan fail.

“Setiap permohonan akan disaring oleh Sekretariat, disemak oleh Pengarah berkaitan, disokong oleh jawatankuasa berkaitan dan diluluskan oleh Setiausaha sebelum pembayaran dibuat.

“Tempoh pemprosesan standard adalah sehingga 14 hari bekerja, tertakluk kepada dokumen lengkap dan maklum balas tepat pada masanya daripada pemohon,”katanya lagi.

Ujarnya, permohonan yang memerlukan penjelasan, semakan semula, pertimbangan jawatankuasa atau semakan konflik kepentingan mungkin mengambil masa sehingga 21 hari bekerja.

“Penerima geran yang berjaya perlu menandatangani perjanjian geran dan mengemukakan laporan projek ringkas, laporan kewangan, resit atau bukti perbelanjaan, serta bukti hasil projek selepas pelaksanaan selesai, ”ujarnya lagi.

Tambahnya, ahli MMM digalakkan untuk meneliti syarat permohonan serta menghantar cadangan projek melalui borang rasmi di laman web MMM, dan untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi [email protected].
-SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat