Ismail Sabri Hargai Kepercayaan UMNO

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menghargai keputusan sebulat suara Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO kerana sepakat mencalonkan dirinya sebagai Perdana Menteri sekali lagi sekiranya Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan datang.

Menurut beliau, keputusan MKT UMNO dalam mesyuarat malam tadi jelas membuktikan tiada kem dalam parti itu.

“Saya ucapkan terima kasih kepada Presiden, Timbalan Presiden, top 5 dan semua ahli MKT kerana secara sebulat suara menyokong saya sebagai calon Perdana Menteri selepas PRU-15 jika BN menang pilihan raya nanti.

“Ya, jadi ini menunjukkan bahawa UMNO ini terus bersatu walaupun macam-macam pihak menyatakan ada ‘group’ dan sebagainya dalam UMNO,” katanya di Putrajaya pada Jumaat.

Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera menyatakan tohmahan masyarakat selama ini yang kononnya UMNO berpuak-puak adalah tidak benar sama sekali.

“Keputusan semalam jelas menunjukkan bahawa apa yang diperkatakan oleh masyarakat adalah tidak benar.

“Sebaliknya UMNO terus kukuh, solidariti kuat. Jadi tak ada kem di dalam UMNO,” tegas Naib Presiden UMNO itu.

Malam tadi MKT UMNO sebulat suara mencadangkan Ismail Sabri menjadi calon Perdana Menteri bagi menghadapi pilihan raya umum nanti.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat