Jika Anwar laung “lawan tetap lawan”, Zahid balas “lawan sampai menang” – Puad

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Datuk Puad Zarkashi menegaskan bahawa Barisan Nasional (BN) Johor tidak bertindak tikam belakang apabila bertekad untuk bertanding solo.

“Slogan (Datuk Seri) Anwar Ibrahim ialah “lawan tetap lawan”. Tetapi semalam, masa pelancaran jentera BN Johor, (Datuk Seri) Zahid Hamidi balas dengan “lawan sampai menang”.

“Sebab itu BN sanggup kali kedua berlawan solo selepas hilang kuasa di Johor pada PRU ke 14 2018. Bukan berlawan dengan muslihat, ketidakjujuran dan janji kosong. Tetapi lawan dengan “track record”, pencapaian dan adab.

“BN Johor bukan tikam belakang. BN Johor tidak bersembunyi. BN Johor sudah umum lebih awal dan secara terbuka iaitu BN Johor akan tanding solo dan bertanding di semua kerusi.

“Loud and Clear. Lawan sampai menang,” tegas Puad.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat