ONTHEGO Buktikan jenama tempatan mampu bersaing, ubah cara Rakyat Malaysia melihat pemakanan sihat

Dalam dunia yang semakin mementingkan kesihatan dan kecergasan, permintaan terhadap produk pemakanan sihat serta suplemen berkualiti terus meningkat dari tahun ke tahun. Namun begitu, ramai pengguna masih berdepan cabaran untuk mendapatkan produk yang bukan sahaja berkualiti, malah sesuai dengan citarasa tempatan dan ditawarkan pada harga yang mampu dimiliki. Menyedari jurang tersebut, ONTHEGO F&B INDUSTRY SDN BHD tampil dengan pendekatan berbeza yang bukan sekadar menjual produk, tetapi membawa misi untuk membantu rakyat Malaysia mengamalkan gaya hidup sihat dengan lebih mudah dan konsisten.

Diasaskan oleh dua usahawan muda, Muhammad Emuff Dhiya Ishak dan Abdul Arieff Abas, ONTHEGO bermula sebagai sebuah syarikat kecil pada Ogos 2024 dengan visi yang jelas iaitu menyediakan alternatif produk kesihatan yang lebih praktikal untuk masyarakat. Walaupun masih baharu dalam industri, syarikat ini berjaya mencatat pertumbuhan yang mengagumkan apabila merekodkan jualan bernilai lapan angka dalam tempoh kurang daripada dua tahun beroperasi.

Kejayaan tersebut tidak datang secara kebetulan. Sebaliknya, ia lahir daripada pemahaman mendalam terhadap cabaran sebenar yang dihadapi oleh rakyat Malaysia dalam menjaga pemakanan harian. Menurut pihak pengurusan syarikat, ramai individu sebenarnya mempunyai kesedaran untuk hidup lebih sihat, namun sering berdepan kekangan masa, kesibukan kerja serta kesukaran menyediakan makanan yang sesuai dengan keperluan diet mereka. Faktor inilah yang menjadi pencetus kepada pembangunan produk pertama ONTHEGO iaitu rangkaian seasoning atau perasa makanan yang direka khas untuk membantu pengguna menyediakan hidangan yang lebih sihat tanpa mengorbankan rasa.

Berbeza dengan kebanyakan produk seasoning di pasaran yang lebih berorientasikan perisa Barat, ONTHEGO memilih untuk menampilkan citarasa yang dekat dengan rakyat Malaysia. Antara perisa yang diperkenalkan termasuk Rendang Special, Satay Special, Kicap Pedas, Tandoori, Lada Hitam dan Perapan Bakar. Kesemua produk ini dibangunkan dalam konsep “all-in-one preparation”, membolehkan pengguna hanya menggunakan satu produk untuk proses perapan tanpa perlu menambah pelbagai bahan lain.

Pendekatan tersebut mendapat sambutan positif kerana ia memenuhi keperluan gaya hidup moden yang serba pantas. Dalam keadaan ramai pengguna tidak mempunyai masa untuk menyediakan makanan yang rumit, produk seperti ini dilihat membantu mereka kekal menikmati makanan yang lazat sambil mengawal pengambilan kalori dan nutrisi harian.

Apa yang menjadikan produk ONTHEGO lebih menarik ialah fokus terhadap formulasi yang lebih sihat. Produk seasoning mereka tidak menggunakan minyak tambahan dan menggunakan pemanis tanpa kalori sebagai pengganti gula bagi memberikan rasa yang lebih seimbang. Langkah ini membolehkan pengguna menikmati rasa manis yang digemari tanpa menambah pengambilan gula secara berlebihan.

Selepas kejayaan produk seasoning, ONTHEGO mengorak langkah lebih jauh dengan memperkenalkan rangkaian serbuk protein pada Julai 2025. Pelancaran produk ini menjadi titik perubahan besar kepada syarikat apabila sambutannya jauh melebihi jangkaan. Dalam tempoh yang singkat, produk protein keluaran ONTHEGO berjaya terjual dalam jumlah ratusan ribu unit, sekali gus menjadi pemacu utama pertumbuhan syarikat.

Menurut Abdul Arieff yang mempunyai pengalaman luas sebagai jurulatih kecergasan dan telah membantu ribuan individu mencapai matlamat kesihatan mereka, salah satu cabaran terbesar dalam industri pemakanan sukan ialah persepsi masyarakat terhadap protein. Ramai masih menganggap serbuk protein hanya sesuai untuk atlet atau individu yang ingin membina otot, sedangkan hakikatnya protein merupakan nutrien asas yang diperlukan oleh setiap individu.

Beliau menjelaskan bahawa protein memainkan peranan penting dalam pelbagai fungsi tubuh termasuk pembinaan dan pemulihan tisu, penghasilan hormon, sistem imun, pertumbuhan rambut dan kulit serta pelbagai proses penting lain. Oleh sebab itu, ONTHEGO mengambil pendekatan untuk mendidik pasaran bahawa pengambilan protein bukan hanya untuk golongan yang aktif bersukan, tetapi juga untuk individu biasa yang ingin memastikan keperluan nutrisi harian mereka dipenuhi.

Dalam usaha mendekati pengguna tempatan, ONTHEGO turut memperkenalkan beberapa perisa unik yang jarang ditawarkan oleh jenama antarabangsa. Selain Chocolate Indulgence, Coffee Hazelnut Royale dan Salted Caramel, syarikat ini turut menghasilkan perisa Musang King yang diinspirasikan daripada buah ikonik Malaysia. Langkah tersebut bukan sahaja memberi kelainan kepada produk mereka, malah memperkukuhkan identiti jenama sebagai produk yang dibangunkan khusus untuk pasaran tempatan.

Di sebalik pertumbuhan pesat yang dicapai, ONTHEGO tetap memberi keutamaan kepada aspek ketelusan dan kualiti produk. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, industri suplemen tempatan pernah berdepan isu berkaitan ketepatan kandungan nutrisi yang menimbulkan keraguan pengguna. Menyedari perkara tersebut, ONTHEGO mengambil langkah proaktif dengan memastikan setiap produk mereka menjalani ujian makmal pihak ketiga bagi mengesahkan kandungan nutrisi yang dinyatakan pada label.

Menurut syarikat itu, ketelusan merupakan elemen penting dalam membina kepercayaan pengguna. Setiap laporan ujian makmal boleh dirujuk bagi memastikan produk yang digunakan benar-benar memenuhi spesifikasi yang diiklankan. Pendekatan ini membantu meningkatkan keyakinan pelanggan serta membezakan ONTHEGO daripada banyak jenama lain di pasaran.

Satu lagi kekuatan utama syarikat ialah pemilikan fasiliti pengeluaran sendiri di Selangor. Berbeza dengan banyak jenama yang bergantung kepada pengeluar OEM, ONTHEGO memilih untuk mengendalikan sendiri proses pengeluaran bagi memastikan kawalan kualiti yang lebih menyeluruh. Langkah ini membolehkan syarikat memantau setiap peringkat penghasilan produk bermula daripada pemilihan bahan mentah, formulasi, pengujian kualiti sehingga proses pembungkusan.

Kewujudan kilang sendiri juga memberi fleksibiliti kepada syarikat untuk menjalankan penyelidikan dan pembangunan produk baharu secara berterusan. Dengan trend kesihatan yang sentiasa berubah, keupayaan untuk menghasilkan inovasi secara dalaman menjadi kelebihan yang penting bagi memastikan jenama kekal relevan dalam pasaran.

Selain pembangunan produk, ONTHEGO turut aktif menyokong komuniti kecergasan dan sukan tempatan. Syarikat itu kini menaja beberapa atlet bina badan yang mewakili Malaysia di pentas antarabangsa. Sokongan yang diberikan bukan sahaja dalam bentuk produk, malah melibatkan bantuan kewangan bagi membantu atlet mencapai prestasi terbaik mereka.

Bagi pengurusan syarikat, usaha tersebut merupakan sebahagian daripada komitmen untuk membangunkan ekosistem kecergasan yang lebih sihat di Malaysia. Mereka percaya bahawa atlet tempatan yang berjaya mengharumkan nama negara wajar diberikan sokongan sewajarnya agar mampu terus bersaing di peringkat dunia.

Dalam aspek pemasaran pula, ONTHEGO banyak memanfaatkan platform digital untuk mendekati pengguna. Kerjasama bersama selebriti, pencipta kandungan dan pempengaruh terkenal membantu memperluaskan jangkauan jenama kepada pelbagai lapisan masyarakat. Pada masa sama, sesi siaran langsung dan kandungan pendidikan yang dihasilkan secara konsisten membolehkan syarikat berkongsi ilmu berkaitan pemakanan, kecergasan dan kesihatan kepada pengguna.

Dengan permintaan yang semakin meningkat, ONTHEGO kini sedang merancang untuk memperluaskan lagi portfolio produknya dalam segmen kesihatan dan pemakanan sukan. Syarikat itu juga optimis terhadap peluang untuk menembusi pasaran antarabangsa, khususnya selepas memperoleh pensijilan halal yang sedang dalam proses ketika ini.

Malah, produk ONTHEGO sudah mula mendapat perhatian daripada pengguna di negara jiran seperti Singapura dan Brunei. Perkembangan ini dilihat sebagai petanda positif bahawa jenama tempatan mampu menembusi pasaran luar apabila menawarkan produk berkualiti yang memenuhi keperluan pengguna moden.

Daripada sebuah syarikat yang bermula dengan modal sendiri dan hanya dikendalikan oleh dua pengasas, ONTHEGO kini berkembang menjadi antara jenama kesihatan tempatan yang semakin mendapat tempat dalam kalangan pengguna. Perjalanan mereka membuktikan bahawa kejayaan tidak semestinya bergantung kepada modal besar atau pelabur luar, tetapi boleh dicapai melalui pemahaman mendalam terhadap keperluan pasaran, keberanian untuk berinovasi dan komitmen yang tinggi terhadap kualiti.

Dengan asas perniagaan yang semakin kukuh, kapasiti pengeluaran yang berkembang serta komuniti pelanggan yang terus bertambah, ONTHEGO kini berada pada landasan yang tepat untuk merealisasikan impian menjadi jenama pemakanan sukan dan kesihatan tempatan yang mampu bersaing bukan sahaja di Malaysia, malah di peringkat global.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat