Ahli Perniagaan gesa mansuhkan pencen Ahli Parlimen dan menambahbaik sistem pencen penjawat awam

KUALA LUMPUR – Seorang ahli perniagaan menggesa jika kerajaan baharu dibentuk selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16 nanti, pencen wakil rakyat dimansuhkan dan sistem pencen bagi anggota tentera dan badan beruniform diperbaiki pelaksanaannya.

Datuk Seri Kamarudin Kumaravel Abdullah berkata wakil rakyat terutamanya Ahli Parlimen sudah menerima gaji dan pelbagai jenis elaun lain untuk mereka menjalankan tugas.

“Dengan gaji yang besar dan semua elaun-elaun yang ada seperti elaun keraian, elaun perjalanan tetap, elaun pemandu dan elaun telefon mereka tidak sepatutnya menerima pencen seumur hidup,” katanya ketika dihubungi Suara TV hari ini.

Katanya, kelayakan Ahli Parlimen menerima pencen juga berbeza dari penjawat awam iaitu perlu berkhidmat 3 tahun sebagai Ahli Parlimen tetapi bagi penjawat awam tempoh perkhidmatan minimum ialah 10 tahun.

“Sebagai kakitangan awam, seorang pekerja itu perlu melalui pelbagai lapisan pangkat dan tekanan kerja dari bergaji rendah sehingga menikmati kenaikan gaji yang tinggi selepas lama berkhidmat.

“Amat berbeza untuk Ahli Parlimen kerana gaji pokok sahaja kira-kira RM16,000 dan selepas dicampur elaun ia boleh mencecah puluhan ribu ringgit apabila sudah menjadi Ahli Parlimen,” katanya.

Menurut Datuk Seri Kamarudin, bukan beliau menolak jasa atau khidmat yang sudah diberikan oleh wakil rakyat tetapi apa yang wakil rakyat terima sekarang sudah mencukupi.

Dalam isu berkaitan, beliau menggesa juga kerajaan baharu akan memperkemaskan sistem pencen bagi semua kakitangan awam, anggota tentera dan badan beruniform bukan memansuhkannya.

“Sistem pencen adalah satu cara penting untuk menghargai jasa anggota tentera, badan beruniform dan penjawat awam yang lain selepas mereka menghabiskan banyak masa berkhidmat,” katanya.

Katanya, selepas pencen untuk Ahli Parlimen dimansuhkan, lebihan bajet boleh digunakan untuk menambahbaik sistem pencen sedia ada untuk penjawat awam.

Datuk Seri Kamarudin pernah bertanding sebagai calon Bebas pada PRU ke-13 pada 2013 untuk kerusi Parlimen Telok Kemang dalam pertandingan tiga penjuru berdepan calon BN dan PKR.

Beliau aktif dalam menyokong kebajikan veteran angkatan tentera dan sering mengulas isu berkaitan ekonomi, koperasi dan isu melibatkan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

author avatar
Ibnu Khusairy Aris
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat