Kegagalan 22 Bulan Tak Wajar Dikaitkan Dengan PH Kerana PM Bukan Anwar, Kata Pemimpin PKR

- Advertisement -

CYBERJAYA – Pakatan Harapan (PH) perlu melancarkan gerakan untuk menolak dakwaan bahawa gabungan itu telah “gagal” dalam tempoh 22 bulan mentadbir kerajaan selepas PRU14, kata seorang pemimpin PKR hari ini.

Memetik laporan FMT, Ketua PKR Hulu Selangor Dr Sathia Prakash Nadarajan berkata, rakyat perlu diberi penjelasan bahawa “kegagalan” itu tidak boleh dikaitkan dengan PH kerana Pengerusinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika itu tidak diberi peluang menjadi Perdana Menteri.

“22 bulan PH memerintah itu bukan PM dari kita, Anwar tidak pernah jadi PM walaupun hanya sebulan.

“Kalau PH kerajaan dan Anwar adalah perdana menteri, barulah boleh dikatakan PH gagal,” katanya.

Mengulas lanjut, Sathia berkata fakta itu perlu dijelaskan kepada rakyat supaya mereka tidak lagi menuding jari kepada PH yang kini di bawah lembaran baharu.

“Kita percaya sekiranya menang pada pilihan raya umum akan datang, banyak perkara baik akan dilakukan oleh Anwar untuk menjaga kebajikan rakyat.

“Jadi, kita kena mula dari sekarang untuk memulakan gelombang bagi menolak dakyah jahat mengatakan PH gagal,” katanya, dipetik dari laporan itu.

Dalam pada itu, beliau turut meminta pucuk pimpinan PH supaya berhati-hati dalam menjalin kerjasama dengan mana-mana pihak kerana tidak mahu episod hitam seperti Langkah Sheraton berulang.

“Langkah Sheraton berlaku disebabkan pengkhianatan wakil rakyat tertentu, mereka ini tidak harus diterima baik untuk kerjasama atau menyertai semula parti,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat