56 Premis Jalan Aktiviti Judi Online Dipotong Bekalan Elektrik – Polis

- Advertisement -

JOHOR BAHRU – Sebanyak 56 premis di seluruh negeri ini dipotong bekalan elektrik selepas dipercayai menjalankan aktiviti judi dalam talian bermula Januari hingga semalam.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, jumlah itu adalah yang diluluskan daripada 66 premis yang dimohon kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk dipotong bekalan elektrik selepas dikesan terbabit dalam kegiatan itu.

Beliau berkata, selain 56 premis itu, terdapat 13 premis lain dalam permohonan untuk pembatalan lesen daripada pihak berkuasa tempatan (PBT), manakala empat premis sudah diluluskan untuk dibatalkan lesen.

“Menerusi Op Dadu Khas ini, sebanyak 652 premis diserbu dan diperiksa.

“Seramai 718 orang ditangkap terdiri daripada 660 penjaga premis perjudian, manakala 58 lagi adalah pemain.

“Semua yang ditahan berusia antara 19 hingga 60 tahun,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, menerusi operasi itu pihaknya merampas 777 unit telefon bimbit pelbagai jenama, 10 unit tablet, 44 mesin PHK dan wang tunai berjumlah RM140,996.

Katanya, bagi tangkapan mereka yang terbabit dalam kegiatan perjudian atas talian, mereka akan disiasat mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 kerana menjaga atau mengurus atau membantu tempat perjudian terbuka.

Kamarul Zaman berkata, kejayaan operasi itu sebahagian besarnya adalah hasil daripada risikan dijalankan pihak polis dan sebahagian lagi daripada aduan serta maklumat orang ramai.

“Sekiranya terdapat sebarang maklumat kegiatan perjudian atas talian, orang ramai boleh menyalurkan maklumat ke balai polis berhampiran atau bilik gerakan Polis Johor menerusi talian 07-2212999 atau 07-2254677,” katanya. – HMetro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat