SURVIVAL UMNO ATAU SURVIVAL RAKYAT?

- Advertisement -

Oleh: Rio Rashid

Pembangkang (PH) sanggup ketepikan pencak politik dengan hadir bersemuka menandatangani MoU dengan Perdana Menteri.

Persefahaman itu termeterai atas dasar kepentingan rakyat yang sedang bergasak dengan ranjau untuk melepasi tempoh sukar pandemik yang masih tiada petanda sudah.

Malangnya ada sekumpulan manusia yang menjadi sebahagian daripada kerajaan sendiri rancak dalam misi memporak perandakan usaha menyokong survival rakyat yang ramai terkesan akibat COVID-19.

Satu gerakan terancang yang pastinya berimbuhan sedang dilakukan oleh mereka yang telah dikenalpasti ‘kepala-kepala’nya.

Antara motif mereka adalah memburukkan imej PM dengan pelbagai naratif dan konten berbentuk penulisan, video, infografik, kartun dan pelbagai lagi seolah-olah dalam misi menyerang pihak lawan (pembangkang).

Gerakan itu diperhebat dengan mengaitkan PM dgan keputusan mahkamah DSN, seperti PM berkuasa untuk mengubah sistem perundangan di negara ini.

Ada juga yang mendesak diadakan PRU15 segera kerana merasa yakin dan selesa dengan kemenangan UMNO/BN di PRN Melaka tidak lama dulu.

Strategi ini mudah dibaca kerana semua usaha itu sebenarnya adalah untuk mengelak pemilihan UMNO diadakan sebelum PRU15 berlangsung.

Alasan yang dilaung sepertinya PM daripada UMNO tidak mempedulikan survival partinya sendiri, padahal semua itu adalah untuk mengelakkan daripada imej dan jenama DSIS mengatasi sokongan kepada pemimpin mereka dalam pemilihan UMNO.

Sebenarnya mereka yang tidak peduli tentang survival UMNO, gerakan itu lebih kepada survival politik pemimpin pilihan mereka.

Sebagai orang No.3 yang dipilih perwakilan, pastinya PM DS Ismail Sabri tidak pernah meminggirkan UMNO.

Dalam PRN Melaka PM turut turun padang untuk memastikan kemenangan calon-calon BN walaupun langkah itu mungkin mengundang luka kepada beberapa pihak lain yang bersama membentuk kerajaan pada masa ini.

Amanah dan tanggungjawab yang dipegang PM buat masa ini pastinya menjadikan nasib rakyat sebagai keutamaan, walau terpaksa mengambil langkah tidak popular di kalangan ahli parti sendiri.

Selepas graf jangkitan dan kematian akibat C19 semakin melandai, sektor ekonomi semakin terbuka, survival rakyat melangkui agenda-agenda lain dengan pelbagai usaha dan inisiatif yang sedang digerakkan.

Mengadakan PRU tidak semudah mengadakan PRN kerana langkah itu akan menimbulkan semula ketidakstabilan politik seperti yang berlaku semasa pemerintahan PH dan sebelum DSIS memegang pucuk pimpinan negara.

Dengan keputusan cetek itu rakyat yang baru mula menarik nafas lega ini akan dihimpit kembali dengan pelbagai permasalahan.

Cinta PM Ismail Sabri kepada UMNO tidak pernah mengurang, tapi cinta kepada rakyat yang harus dilebihkan dalam situasi sukar seperti sekarang.

Dalam meneruskan kelangsungan hidup, rakyat juga menilai setiap tindak-tanduk pemimpin dan pengikutnya. Pinjam sebentar kata hikmah Timbalan Presiden UMNO yang cool… “Tak boleh jadi garam, jangan jadi langau!”.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat