“Jangan Dimalukan Seseorang Secara Berulang, Tak Selamanya Dia Akan Diam Diri” – Khairuddin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Semalam Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali ada membuat kenyataan di media sosialnya namun tidak jelas mesej itu ditujukan kepada siapa.

Dalam kenyataan itu, beliau berkata; “Jangan dimalukan seseorang secara berulang. Sekali mungkin dia berdiam dan bersabar. Tapi tidak selamanya dia akan berdiam diri bila maruah dicemar dan diceroboh secara berulang. Setiap perkara itu ada batasannya. Jangan melampaui batas kerana akibatnya sangat buruk.

“Setiap pemberitaan mesti diselidik. Jangan melulu membuat kesimpulan daripada perkhabaran. Akibatnya kamu menzalimi seseorang pada maruahnya. Perlakuan itu dosa besar jangan dianggap kecil.

“Setiap tuduhan perlukan pembuktian. Jangan jadi zalim menuduh tanpa bukti lalu disebarkan bagi merosakkan maruah dan reputasi. Kaedah Islam jelas; bukti didatangkan oleh orang yang mendakwa. Seseorang tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya,” tulisnya lagi.

Dalam hantaran itu, beliau tidak menyatakan secara jelas kepada siapa ia ditujukan namun selepas ia digugurkan dari jawatan Majlis Syura barulah ramai menganggap ia ditujukan kepada pucuk pimpinan partinya.

Hari ini ketika diminta mengulas mengenainya, bekas menteri itu masih enggan memberikan sebarang respon mengenai penggugurannya selaku Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas.

Dalam kenyataan balas kepada MalaysiaGazette, beliau hanya berkata; “Nanti saya respon,” ringkas dengan emoji senyuman.

Sebelum itu, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengesahkan Khairuddin digugurkan daripada jawatan Setiausaha Majlis Syura Pas berkuatkuasa semalam.

Alasannya, jawtaan Khairuddin terbatal kerana Jawatankuasa Pusat Pas membatalkan pelantikannya sebagai anggota Majlis Syura.

“Dan nak jadi setiausaha Majlis Syura kena jadi ahli Majlis Syura. Maka gugurlah (keanggotannya) daripada Majlis Syura dan (jawatan sebagai) setiausaha Majlis Syura,” kata Hadi hari ini.

Jelas Abdul Hadi, pengguguran itu dibuat Jawatankuasa Pas Pusat.

Januari lalu, Khairuddin dipecat sebagai Ahli Jawatankuasa Pas Pusat tidak sampai dua bulan selepas dilantik.

Bekas Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi itu antara tiga pemimpin tertinggi Pas yang dilantik semula sebagai AJK bagi sesi 2021-2023 selepas tewas dalam pemilihan parti di samping Dr Mohd Zuhdi Marzuki dan Nik Abduh Nik Abdul Aziz. – MalaysiaGazette

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat