PAS Syukur BN Menang PRN Melaka, UMNO Sahabat MN Kita – Mursyidul Am PAS

- Advertisement -

CYBERJAYA – Mursyidul Am PAS, Datuk Hashim Jasin berkata parti itu bersyukur atas kejayaan Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dalam pertembungan tiga penjuru yang turut melibatkan Perikatan Nasional (PN).

Memetik laporan portal rasmi PAS, Harakahdaily, pemimpin utama PAS itu berkata rundingan untuk menyatukan ketiga-tiga parti (PAS, UMNO, Bersatu) akan diteruskan demi penyatuan ummah.

“PAS mengucapkan rasa syukur apabila Barisan Nasional (BN) menang dan kerajaan negeri Melaka tidak jatuh semula ke tangan Pakatan Harapan (PH).

“UMNO adalah merupakan sahabat kita dalam MN dan kemenangan itu sudah pasti disambut baik dan perkara yang lebih penting ialah Melaka tidak jatuh ke tangan PH, sungguh pun PN mengalami kekalahan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu,” katanya.

Beliau menjelaskan, PAS menerima kekalahan dalam PRN Melaka di samping beryukur kerana kerajaan negeri Melaka tidak jatuh ke tangan PH.

“Walaupun strategi PAS memilih PN berbanding MN telah gagal, namun usaha untuk penyatuan ummah tetap akan diteruskan.

“Sehingga saat ini, PAS masih berharap ketiga-tiga parti ini dapat bersama untuk rundingan dan terus terbuka demi penyatuan,” katanya, dipetik dari laporan itu.

Terdahulu, kira-kira seminggu sebelum PRN Melaka berlangsung media melaporkan seorang anggota Dewan Ulama PAS Pusat, Mokhtar Senik menzahirkan harapannya untuk melihat UMNO tewas dalam pilihan raya tersebut.

“Kalau tanyakan saya apakah saya sayangkan MN? Wallahi saya jawab saya sayangkan MN, kerana pembinaannya berteraskan ruh persaudaraan Islam.

“Namun dlm PRN Melaka saya merasakan UMNO perlu kalah untuk UMNO benar-benar memahami erti persaudaraan dan kepentingan AGAMA, NEGARA, dan UMMAH.

“Mudah-mudahan kekalahan UMNO di Melaka akan banyak mengajar POLITIK JUJUR dan BERSIH kepada UMNO. Oleh itu semua pengundi PAS perlu menjadi guru Politik kepada UMNO,” katanya.

Sementara itu, dalam satu laporan lain dipetik dari Utusan hari ini (Halaman Premium), Mursyidul Am PAS itu turut mengakui ada ahli dan penyokong PAS memilih menyokong MN semasa PRN Melaka.

“Kita akui akar umbi mahu MN dan kita harap pihak UMNO mengukuhkan MN dalam pilihan raya akan datang.

“Apa yang lebih penting kerajaan negeri Melaka tidak jatuh ke tangan Pakatan Harapan (PH) meskipun PN juga kalah dalam PRN itu,” katanya.

Dalam PRN Melaka baru-baru ini PAS tewas di semua lapan kerusi  yang ditandingi, manakala parti serpihannya Amanah (PH) berjaya menang satu kerusi DUN Bukit Katil menerusi calonnya Adly Zahari hasil perpecahan undi tiga penjuru.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat