PAS Nafi Pengguguran Khairuddin Ada Kaitan Dengan Isu MN

- Advertisement -

JERANTUT – Pengguguran Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali adalah hak parti dan tiada kaitan dengan Muafakat Nasional (MN).

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pengguguran Mohd. Khairuddin merupakan isu dalaman parti.

“Tidak ada kaitan dengan Muafakat Nasional dan ia adalah keputusan daripada parti untuk menggugurkan beliau sebagai Ahli Jawatankuasa Pas Pusat.

“Dalam Muafakat Nasional hubungan masih berjalan baik seperti biasa bersama Barisan Nasional (BN) dan ia tidak menjejaskan hubungan,” katanya dalam sidang akhbar selepas lawatan tapak projek wakaf air di Felda Sungai Retang di sini hari ini.

Tuan Ibrahim berkata, Mohd Khairuddin sebenarnya dicalonkan untuk jawatankuasa tambahan dan namanya digugurkan dalam mesyuarat kedua yang dipengerusikan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

“Beliau bukanlah yang menang pertandingan untuk jawatan dalam parti, cuma terdapat kuota tambahan untuk mencadangkan beberapa nama dan nama beliau digugurkan.

“Oleh itu tiada isu besar yang berbangkit yang boleh menyebabkan perpecahan dalaman dalam parti,” katanya.

Katanya, walaupun bekas Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi itu digugurkan, namun Mohd. Khairuddin diakui mempunyai prestasi yang cemerlang ketika menjawat jawatan sebagai menteri tetapi disiplin tetap menjadi keutamaan utama parti.

Tuan Ibrahim yang juga Menteri Alam Sekitar dan Air menambah, pengguguran mana-mana tokoh parti dan pemimpin adalah perkara biasa dalam Pas berdasarkan pelbagai faktor.

“Pas sangat tegas dalam pematuhan disiplin di mana siapa yang tidak ikut disiplin boleh ditukarkan jawatan dan bertugas di tempat lain, digantung keahlian serta boleh dipecat,” katanya.

Tegasnya, Mohd. Khairuddin masih menjalankan tugasan lain dalam parti khususnya dalam portfolio ekonomi sesuai dengan kepakaran beliau dalam bidang itu. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat