Gerakan Letak Calon Cantik, Kacak Untuk Tarik Sokongan Pengundi – Dominic Lau

- Advertisement -

KULAI – Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) bakal mempertaruhkan calon-calon yang mempunyai tarikan fizikal dan rupa paras menarik dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang akan diadakan pada 12 Mac ini.

Presidennya, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai berkata, faktor itu penting kerana PRN Johor dijangka akan diadakan dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) ketat yang menyebabkan kurang interaksi bersemuka antara calon dan pengundi.

Katanya, rupa paras seperti calon lelaki yang kacak dan calon wanita yang cantik penting untuk menawan hati pengundi.

“Calon-calon yang diketengahkan Gerakan mewakili Perikatan Nasional (PN) perlu memiliki rupa paras untuk menarik sokongan pengundi kerana kami jangka PRN Johor akan diadakan dengan SOP ketat.

“Calon-calon akan lebih banyak berkempen menggunakan medium media sosial, poster dan gambar-gambar, jadi adalah penting untuk calon memiliki rupa.

“Selain itu, calon juga perlulah individu yang mempunyai ciri-ciri positif seperti ‘winnable’ dan ‘likeable’,” katanya dalam sidang akhbar sempena Majlis Tahun Baharu Cina anjuran Gerakan Bahagian Kulai di Kelapa Sawit, di sini hari ini. – Kosmo

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat