Henti hangatkan isu kartel daging haram

- Advertisement -

Oleh: RAMLY HASSAN

ISU kartel daging haram menjadi topik hangat perbincangan masyarakat ketika ini. Bukan sahaja ia diperkatakan oleh jabatan netizen sebaliknya, isu tersebut kini menjadi asas kepada perbincangan di kedai-kedai kopi dari semenanjung hingga ke Sabah dan Sarawak.
Pokoknya, ia menjadi panas dek kerana perkara yang dibahaskan merupakan rantaian yang menjadi salah satu daripada sumber pilihan masyarakat dalam penyediaan makanan harian.

Kegemparan masyarakat dalam perkara itu terus sampai ke kemuncak apabila ia turut disambut dengan pandangan pelbagai pihak bukan sahaja daripada orang biasa, malah secara pantas disambut kritikan termasuk orang politik mahupun daripada pelbagai pertubuhan dan badan bukan kerajaan (NGO).

Masing-masing cuba mencari kesalahan daripada pihak-pihak tertentu khususnya kementerian yang betanggungjawab dalam hal itu. Malangnya jari kini dituding pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) yang kononnya lalai dengan tanggungawabnya untuk mengawal secara ketat perkara itu.

Namun, betulkah kaedah yang digunakan oleh pihak-pihak terbabit terutama ketika membuat tuduhan tanpa usul periksa.

Kementerian berkenaan telah melaksanakan tanggungjawab sepenuhnya demi memastikan rakyat terlindung dan bekalan makanan sentiasa terjamin halal. Jadi, adalah tidak wajar sekiranya orang ramai meletakkan beban kepada KPDNHEP semata-mata tanpa melihat isu pokok yang sebenar.

Apa yang berlaku dikhabarkan sudah lama dan bagi orang-orang politik pula mereka hanya tahu mencari kesalahan diperingkat pemerintah walhal, mereka sepatutnya membantu dalam mencari jalan penyelesaian.

Pada pandangan penulis, kementerian berkenaan sudah sememangnya tahu akan tanggungjawabnya.

Tidak perlulah ada pihak-pihak luar yang cuba menuding jari lagi ke atas KPDNHEP apatah lagi sesuatu isu yang dibangkitkan satu cubaan menghentam atau menjadi kambing hitam menjadikan seperti menangguk di air keruh.

Keadaan kembali reda setelah Timbalan Menteri KPDNHEP Datuk Rosol Wahid baru-baru ini mengesahkan bahawa dakwaan kononya rakyat Malaysia makan daging kuda, kangaroo dan babi yang dijual oleh syarikat menggunakan logo halal sebagai palsu.

Kenyataan itu dikuatkan lagi setelah Jabatan Kimia Malaysia melakukan pemeriksaan ke atas semua jenis daging yang dirampas dan hasil ujian makmal mengenal pasti bahawa ia bukan dari tiga jenis haiwan berkenaan.

Meskipun, ia hangat diperkatakan hampir dua minggu selepas diviralkan oleh beberapa media massa menerusi laporan bertali arus, namun, semua itu berjaya dinafikan oleh pihak KPDNHEP secara tuntas.

Hakikatnya, kita janganlah terlalu cepat melatah tak tentu pasal dan adalah lebih baik sekiranya kita memberi peluang kepada pihak yang berkenaan menjalankan tugasnya.
Tidak perlu menjadi jaguh untuk menunjukkan siapa yang pandai sebaliknya, diam adalah lebih baik daripada bercakap sesuatu yang dirasakan tidak pasti.

Malah satu kesalahan jika kita turut terbabit dalam membuat dan menyebarkan fitnah dan berita palsu.

*Penulis adalah Pemerhati isu kartel, segala pandangan yang ditulis tidak mencerminkan pendirian/pendapat SuaraTV.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat