Tolak Kerjasama Kerana Bersatu Tiada Keikhlasan – Zahid Hamidi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, menyifatkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tiada keikhlasan dalam mengadakan kerjasama ikatan politik.

Ahmad Zahid berkata demikian dalam perjumpaan khas dengan Ketua-ketua UMNO Bahagian tengahari tadi

Menurut salah seorang Ketua UMNO Bahagian, Presiden menyifatkan kedudukan UMNO sekarang seperti melukut ditepi gantang termasuk dalam peristiwa Pilihan Raya Negeri Sabah baru-baru ini.

Ahmad Zahid turut menjelaskan bahawa BN menyokong belanjawan 2021 kerana ia penting kepada rakyat, penting kepada kakitangan kerajaan dan penting kepada pembangunan negara. Namun tindakan kerajaan menafikan saranan UMNO berkenaan pengeluaran wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menunjukkan mereka tidak ikhlas dalam kerjasama.

Bagaimanapun sokongan ini telah digunakan untuk memperkukuhkan Bersatu termasuk menawarkan tempat kepada ahli-ahli UMNO ke dalam Bersatu.

“Selain itu Presiden untuk mempertikaikan pelantikan-pelantikan penting untuk kerajaan tidak langsung dibawa berbincang dengan UMNO melalui Majlis Presiden,” jelas Ketua Bahagian yang meminta identiti dirahsiakan.

Ahmad Zahid turut menimbulkan isu pelantikan Yang Di-Pertua Dewan Rakyat dan Dewan Negara yang langsung tidak dibawa berunding dengan parti.

Beliau turut menyatakan UMNO akan bertanding sekurang-kurangnya 89 kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya Umum akan datang dan keseluruhan kerusi yang Barisan akan tandingi ialah 125 kerusi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat